PAS Kini Menggelupur Dengan Pendedahan Husaman Ini
PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.
Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.
“Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.
Klip video ucapan Husan dimuat naik di Facebook pagi ini dan cepat dikongsi pengguna Internet.
Mungkin panggil Husam
Husam yang juga ADUN Salor tidak menyatakan insiden mana dimaksudkan dalam ucapannya itu.
Bagiamanapun, Husam dipercayai merujuk situasi ketika kerajaan Pakatan Rakyat berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.
Mengulas lanjut apakah PAS akan mengambil tindakan kepada Husam, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti terlebih dahulu kenyataan tersebut sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim tidak menyatakan bilakah mereka akan bermesyuarat.
“Kita akan teliti terlebih dahulu kenyataan beliau sebelum dibawa ke mesyuarat parti dan hanya akan ambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima.
"Mungkin Husam boleh dipanggil untuk beri keterangan berhubung perkara itu,” kata Tuan Ibrahim. -mk
ULASAN GB
Nampaknya pimpinan dan ahli-ahli PAS bukan saja lintang pukang malah kini sedang menggelupur ekoran pendedahan Husam Musa di dalam ceramahnya di Kelantan kelmarin.
Masing-masng kini menggunakan segenap kekuatan yang ada untuk menafi, menghentam malah memfitnah Husam lantaran terkejut dan terkujat dengan pendedahan Husam itu.
GB suka jika Husam dipanggil oleh PAS. GB kira Husam tidaklah gentar untuk menghadapinya kerana ia peluang untuk Husam mendedahan lebih banyak menegenai isu Kerajaan Perpaduan.
Sesuatu yang aneh ialah pendedahan Husam ialah mengenai langkah Haji Hadi yang berusaha untuk membuat kerajaan perpaduan dengan UMNO. Sepatutnya PAS merujuk kepada Haji Hadi untuk penjelasan dan kesahihan. Ini tidak, Husam yang diburu dan dihentam. Sama macam kerajaan UMNO BN, yang dilaporkan tak disiasat, tetapi orang melapor yang kena siasat kena dakwa.
Tentang penafian setpol Haji Hadi yang bernama Ahmad Samsuri (yang menurut sesetengah pihak beliau merupakan Ketua Lujnah Penafian & Pembetulan PAS Pusat - iaitu tukan nafi dan tukang betulkan apa yang Haji Hadi cakapkan), GB sudah ulas sehari selepas kenyataan itu dikeluarkan iaitu pada 25 Ogos 2014. Petikan:
Dan jangan lupa juga, dua orang AJP PAS Pusat pernah mengakui tentang rancangan kerajaan perpaduan di Selangor itu, sekalipus "membenarkan" apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan. Lagi mahu sembang kecang mahu menafikan?

S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.Sehingga kini, TIADA tindakan undang-undang dilakukan terhadap TMI. Bererti, PAS tidak mempunyai kekuatan dan krediliti di dalam penafiannya.
Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS. Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun dah salah, bertaraf doktorate plak tu!
Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan. TMI berhak untuk tidak menyiarkan nama AJK berkenaan kerana etika kewartawanan meemperuntukkan pihak media untuk tidak perlu mendedahkan identiti sumber berkenaan. Kerana ia bakal mendedahkan sumber berkenaan kepada unsur-unsur kemerbahayaan yang tidak diduga kecuali dengan perintah mahkamah.
Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.
Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.
Dan jangan lupa juga, dua orang AJP PAS Pusat pernah mengakui tentang rancangan kerajaan perpaduan di Selangor itu, sekalipus "membenarkan" apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan. Lagi mahu sembang kecang mahu menafikan?
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... rakyat sedang memerhatikan gelagat PAS yang kini lebih nak menjadi Penasihat UMNO BN dari nak berjuang melawan UMNO BN.
kah kah kah
ReplyDeleteaku tak pernah sokong Husam Musa sejak dulu lagi. Namun menjadi tanggungjawab PAS pusat menyiasat dakwaan Husam, sama ada benar atau tidak.
Jika dakwaan Husam benar, maka sebagai seorang bertanggungjawab Presiden PAS mesti dipertanggungjawabkan. Ini kerana kes hubungan PAS dengan UMNO amat sensitif kepada ahli PAS dan penyokong PAS.
Tim Presiden mesti berhenti becakap bagi mana-mana pihak, kerana Husam merupakan ahli PAS dan juga ketua kawasan PAS (Kubang Kerian).
Setelah siasatan selesai, maka menjadi tanggungjawab AJK PAS pusat membuat teguran, sama ada kepada Husam atau Presiden parti.
Adalah tidak adil kepada mana-mana individu dalam parti dihentam dan dicalarkan secara terbuka oleh AJK PAS, sedangkan kita tidak menyiasat apa yang didedahkan. Jika Husam Musa yang mempunyai nama dan bekas naib presiden dinafikan haknya sebagai seorang ahli PAS, maka bagaimana puls aku sebagai ahli yang bertaraf kuli dalam PAS boleh mendapat hak sebagai ahli PAS.
Tim Presidan dan AJK PAS Pusat mesti bertindak segera, sebelum puluhan bekas ahli PAS (AMANAH) bersuara dan mendedahkan pelbagai rahsia parti yang disembunyikan.
Mungkin benar telahan aku, bahawa PAS yang berpecah buat kali pertama akan berpecahan kali kedua. Sepertimana gempa bumi yang berlaku akan disusuri gempa yang kedua. Bahkan aku yakin bahawa orang yang menyingkirkan ahli PAS secara salah, pada suatu masa akan tersingkir pula daripada PAS secara hina
TGHH tak perlu sanggah pun akan dakwaan husam musa yg PAS pernah hendak bekerjasama dgn UMNO di Selangor demi kebaikan rakyat serta memenuhi hasrat sultan yg x mahukan MB wanita... memang kami sanggup bekerjasama dgn pelbagai pihak demi kebaikan rakyat jelata..
ReplyDeleteSimple je benda nih.. sehingga sekarang nampak tak DAP konsisten menolak hudud..? Jadi dgn itu dah x nampak lg kebaikan utk rakyat kelantan yg amat dahagakan hudud jika PAS terus bekerjasama dgn DAP.. so memang perlu malah dah sampai tahap wajiblah utk putuskan hubungan dgn DAP.. ini juga bermakna adalah tepat puak2 mengaku profesional disingkirkan masa muktamar, yg mana mereka2 ini masih dambakan perhatian DAP yg secara terang2an tetap bencikan hudud walaupun PAS sudah mengumumkan hudud bukan utk non muslim, x spt sebelum itu non muslim tertakluk kpd hudud .. kita dah berlembut tapi DAP masih berkeras.. dgn erti kata lain DAP sudah sampai tahap masuk campur hal ehwal islam.. maka tindakan memutuskn hubungan dgn DAP adalah suatu keputusan yg tepat.. kami x kesahpun puak2 mengaku profesional x nampak akan campurtangan DAP ini kerana yg penting kami di pihak PAS telah nampak sejelas2nya dan keputusan muktamar telah menterjemahkan apa yg kami lihat tapi x dilihat oleh pihak lain ..
Bijak sungguh bacaan politik ahli2 PAS ketika memilih pemimpin.. syukur alhamdulillah..
Kalau ahli2 PAS x sokong jerjasama utk kebaikan rakyat dah lama TGGH kena humban..tapi cuba lihat siapa yg kena humban masa muktamàr dulu?.. alamak lupa plk aku..
ReplyDelete