Udah......udah ler.........semua orang Malaya dah tahu........nak dalih apa lagi?
Lepas ni kita akan dengar pula apa yang akan TITM atau Takiyuddin kata atau konar pula
Fakta yang Najib katakan tu bohongkah?
Yang kita akan nampak nanti lebih ramai pemimpin PAS akan berbohong setelah Najib pecah lobang berkaitan isu ini nanti........
Nak bohong kat wala'un tua kat kampung-kampung bolehlah kot?
PAS S'gor anggap Najib 'bermimpi di siang hari'
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan parti pemerintah itu adalah satu 'mimpi di siang hari'.
Katanya, ini kerana beberapa perkembangan yang disebut perdana menteri itu bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar.
"Datuk Seri Najib patut sedar dari mimpi dan menyelesaikan masalah dalaman Umno terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, jangan digunakan PAS untuk menutup masalah Umno.
"Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, malam tadi," tambah ahli exco Selangor itu.
Perdana menteri, dalam satu temubual televisyen malam tadi, mendakwa PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu.
Najib juga dilaporkan sebagai berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas, menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.
Mengulas lanjut, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata Umno kini berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.
Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, Umno telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi parti Islam itu.
"Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini," katanya.
Beliau mendakwa bahawa penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan.
"Gerai peniaga yang menyokong PAS dirobohkan, aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut," tegasnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, katanya, Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959.
Menurut Iskandar lagi, begitu juga dengan kerajaan PAS Terengganu yang telah dinafikan hak kepada royalti petroleum.
Tegas Iskandar, Umno akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan.
"Tetapi terlalu banyak "dosa" Umno terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan Umno," tambah Iskandar.
Depa ni ingat kita dapat maklumat macam red indian guna asap. Kita hidup di zaman maklumat diperolehi ASAP.
ReplyDeleteNi yg buat Hj Hadi murka ni...
ReplyDeleteHa..ha..ha..
Ada setengah org dia bercakap sj tapi tak buat.itu tandanya tak ikhlas.
ReplyDeleteSekumpulan lagi dia xcakap tapi dia buat.Ini tandanya dia nak.
Pas hari ini dia cakap xnak kerjasama tapi tindakannya tanda persetujuan.
Nak nafi apalagi. Semangat assabiyah pemimpin Pas hari ini semakin terserlah.
Kah kah kah.......inilah lah pas....apco,kat selangor lain kat kelantan lain kat marang lagi lain....Naji kita orang suruh buka lubang 1mdb bukang lubang mursyidul dan presideng.....
ReplyDeleteNanti dia akan kena tulah kerana tidak wala dan tidak dapat doa seorang ulama hidupnya akam sengsara dan mati bumi tak terima
ReplyDeleteEnte rase nak muntahhhh dgn penafian walaon2 pas neh...nak muntah.
ReplyDeletePas,hari ni ludah,
ReplyDeleteEsok jilat..
Lusa ludah lagi,
Tulat jilat balik
Pas ni ibaratnya macam orang gila berak tengah jalan. Bontot penuh taik tapi buat muka toya aja.
ReplyDeleteBudak ni dah bughah nih....!
ReplyDeletenajib dah annaounce kerjasama umno pas.nak dalih ape lagi..siapa yg mimpi tak tau la..nampaknya kena keluar amanat yg baru untuk jadi sebagai surat akuan yg baru betapa bukan sunat lagi malah menjadi wajib ahli pas menyokong umno sepenuh hati.
ReplyDelete'Beliau mendakwa bahawa penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan'
ReplyDeleteZuhdi dok di UM selesa je. ada apa2 ka?