Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 1, 2015

Sinopsis gerakan Kumpulan Rusila sabotaj PAS dari dalam

Via WhatsApp..........
Asri Baha

Masih ingat betapa menjelangnya PRU 1990, sebahagian Pimpinan PAS Kelantan yang menolak Tahalluf Siasi dalam Angkatan Perpaduan Ummah  berkiblatkan Masjid Rusila
 - Dato Wan Rahim Wan Abdullah.

SINOPSIS GERAKAN KUMPULAN RUSILA SEBOTAJ PAS DARI DALAM

Penentangan terhadap sebarang kerjasama politik di antara pembangkang telah lama berlaku oleh kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila Terenganu(Hj Hadi).

Sikap penentangan Hj Hadi dan kumpulannya di dalam PAS bermula semenjak zaman Asri Hj Muda lagi yang ketika itu di ketuai oleh Mustafa Ali selaku Ketua Pemuda PAS Pusat.

Gerakan yang di ketuai oleh Mustafa Ali 1982 menyaksikan gerakan 'Marakbar Asri' berjaya menyingkirkan beliau dari PAS. Meskipun terdapat alasan yang munasabah kenapa Asri Hj Muda harus berundur, tetapi cara penentangan itu amat memalukan dan menjelekkan.

1986, sekali lagi kumpulan ini menjalankan penentangan terhadap CCC (Chinese Consultative Council) yang di asaskan oleh Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Terdapat banyak masalah yang berlaku di belakang tabir yang tidak ketahui umum.

Kecewa dengan sikap keterlaluan kumpulan ini, Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan tanpa diketahui ramai. Ucapan penutup Muktamar tahun tersebut di lakukan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Selepas Muktamar selesai, Almarhum Ustaz Fadhil Noor mengarahkan Cikgu Abdul Wahab Rahman(Kedah) bertemu dengan Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa agar menerima kembali jawatan Yang Dipertua Agung PAS(Presiden). Almarhum kembali bersetuju.

1990, kumpulan ini kembali melakukan gerakan penentangan terhadap Tahaluf Siyasi yang di lakukan PAS bersama Parti Semangat 46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Kelantan tahun tersebut telah menyaksikan kerajaan BN tumbang dan Kelantan kembali di perintah oleh PAS.

Gandingan mantap Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada ketika itu sukar di gugat oleh kumpulan Hj Hadi sehinggalah Parti Semangat 46 kembali ke pangkuan Umno 1995.

1999, selepas berjaya menawan hati para pengundi dengan 27 kerusi parlimen dan Terengganu berjaya diperintah oleh PAS melalui 'gelombang reformasi' yang di bawa oleh Anwar Ibrahim bersama Parti Keadilan(Keadilan) dan Democratic Action Party(DAP) di dalam gabungan Barisan Alternatif(BA), kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila kembali muncul mendesak.

Kali ini mereka mendakwa gabungan ini(BA) telah menyebabkan PAS telah lari dari landasan kerana menggugurkan tuntutan Negara Islam.

2001, DAP terkeluar daripada BA yang di katakan tidak bersetuju dengan PAS. Yang tinggal kekal bergabung di dalam BA hanyalah dua parti iaitu Keadilan dan Pas.

2004, hasilnya PRU-11, PAS mengalami kekalahan yang teruk dengan hanya tinggal 7 kerusi parlimen dan Terengganu kembali di rampas BN.

2008, DAP kembali menyertai PAS dan PKR untuk membentuk gabungan kerjasama yang di namakan Pakatan Rakyat(PR). Setelah PR berjaya menawan 5 buah negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang Selangor dan Kelantan, kumpulan ini cuba menggagaskan kerajaan perpaduan bersama UMNO-BN di Selangor dan Perak. Malangnya mengalami jalan buntu.

16 September 2008, cubaan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan penyertaan dari ahli parlimen BN telah di gagalkan sendiri oleh Hj Hadi.

2009, suatu Muktamar khas PAS di lakukan kemuncak dari kemarahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak untuk menentukan halatuju PAS di persada politik Malaysia.

Muktamar tersebut memutuskan untuk terus memperkukuhkan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP serta menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO-BN.

Kumpulan ini terdiam seketika, pun begitu masih berhubung dengan UMNO di dalam kelam(secara bersembunyi).

3 minggu sebelum PRU-13 2013, kumpulan ini kembali mencetuskan agenda Tengku Razaleigh Hamzah perlu di lantik sebagai Perdana Menteri sekiranya berpeluang memerintah Malaysia dengan sengaja mengenepikan sebarang keputusan bersama di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ogos 2014, PAS berantakan gara-gara kumpulan ini menentang pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang di sifatkan sebagai tidak bertepatan dengan kehendak mereka.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan pada 25 Ogos 2014, Hj Hadi  mengesahkan pertemuan beliau dengan Azmin dalam usaha untuk membentuk kerajaan bersama UMNO di Selangor.

Muktamar ke 60 di Batu Pahat, Johor mula memperlihatkan wajah sebenar Hj Hadi apabila menggelar 'barua dan broker' kepada yang bersama PKR di dalam isu Menteri Besar Selangor.

12 Februari 2015, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah. Selang dua hari, Nasaruddin Md Isa mengeluarkan kenyataan hasil temubual Asroawani, menggesa agar isu Perpaduan/Kerjasama PAS-UMNO kembali di bincangkan.

Januari 2015, kumpulan ini mula menggerakkan jentera di peringkat cawangan dan kawasan untuk menghadapi Muktamar ke 61. Hasilnya mereka berjaya menggugurkan kesemua kumpulan progresif pemimpin tertinggi PAS ketika pemilihan.

Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan tiada satu pun pemimpin progresif yang tertinggal melainkan Mazlan Aliman. Pembersihan secara besar-besaran telah berjaya di lakukan.

Kenyataan Hj Hadi dan Harun Din berhubung isu 1MDB dan RM2.6 Billion wang masuk kedalam akaun Najib sudah cukup untuk memberi isyarat bahawa hubungan UMNO-PAS di tahap yang agak selesa.

PAS kini sudah terkeluar dari Pakatan Harapan meskipun Azmin dan beberapa yang lain dari PKR masih mengharapkan PAS pulang ke pangkuan mereka.

Dialog secara terbuka Husam Musa di Kota Bharu 13 November 2015 mengesahkan butir-butir lanjut kerjasama PAS-UMNO. Husam Musa mula membuka mata apakah hakikat yang sebenarnya telah berlaku.

Kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila(Hj Hadi) kini menguasai PAS secara total. Hanya masa yang akan menentukan kerjasama politik PAS-UMNO.

Biar pun begitu, kebanyakan mereka kini telah di telan masa. Kita nantikan episod yang seterusnya apakah agenda kumpulan ini di dalam membuat percaturan pentas politik PAS, berjaya atau mengalami kejatuhan PRU-14..?

1982~2015 adalah jangka masa yang agak panjang. Apa yang pasti mereka telah berjaya mengkucar-kacirkan PAS selama 33 tahun.

ADMIN~UAA SUPPORTERS

4 comments:

  1. Kesimpulannya,
    Hadi marang lah ketua jebon dalam organisasi pas..
    Muktamad.

    ReplyDelete
  2. PAS semenjak diterajui oleh Hadi al-Sotong merupakan parti kucar kacir. Parti ini tidak boleh dibuat sebagai kawan oleh mana-mana parti pun, sebab hakikat sejarah menunjukkan Hadi al-Sotong dan konco-konco beliau amat suka membelot terhadap sesiapa jua rakannya, hatta kepada sebahagian ahli PAS sendiri.

    Apa sudah jadi dengan RUU hudud yang dibawa oleh Hadi al-Sotong, adakah UMNO telah beri sambutan menggalakkan?

    ReplyDelete
  3. Ayah ping maranglah punca segala galanya.

    ReplyDelete
  4. Aku da ckap banyak kali hj hadi perlu berundur dr pas..punca segala masalah dlm pr hj hadi awang la...LETAK DUA GAMBAR FANTARA ALMARHUM NIK AZIZ DGN HADI AWANG...RENUNGKAN GAMBAR TU MANA SATU YG MAHU ANDA IKUT....AKN TERLIHAT WAJAH SIAPA LEBIH BERIMAN...BG YG TERANG HATI....KALAU GELAP HATI PASTI NAMPAK GAMBAR HJ HADI SAMA DGN NAJIB BIN RAZAK LAKNATULLAH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa