Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 11, 2016

1MDB punya pasal?

TH beli tanah TRX untuk bantu 1MDB
11 Februari 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB

Pembelian tanah Tun Razak Exchance (TRX) oleh Tabung Haji (TH) diyakini tidak dibuat melalui proses kajian dan perancangan yang teliti tetapi sebaliknya demi membantu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda pelbagai masalah, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

"Sekiranya ia dibeli hasil perancangan dan kajian terlebih dahulu, sudah pasti keadaan tidak menentu berhubung apa yang ingin dilakukan dengan tanah berkenaan tidak akan timbul.

"Tetapi sebaliknya, jika ianya dibeli atas perkiraan selain perniagaan dan atas arahan tertentu, maka keadaan ‘tidak tahu apa nak buat dengannya’ setelah membelinya akan berlaku. Dan inilah apa yang rakyat lihat sedang berlaku sekarang,” katanya lagi.

Menurut beliau juga, perancangan untuk membangunkan tanah berkenaan dengan membina pejabat adalah suatu tindakan yang mempunyai risiko tersendiri.

“Pertama, TH kurang berpengalaman dalam bidang ini. Kedua, sekarang ini telah wujud ‘office-space glut’ atau ‘berlebihan ruang pejabat’ di Lembah Klang. Pembinaan ruang pejabat baru oleh TH akan hanya merumitkan lagi keadaan.

Beliau menegaskan, TH perlu menetapkan secara jelas perancangan terhadap tanah tersebut dan menghentikan ketidaktentuan yang akan menjejaskan keyakinan pelabur dan penyimpan terhadap TH.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim baru-baru ini mengumumkan keputusan terbaru TH untuk tidak menjual tanah miliknya di TRX yang dibeli lebih tinggi daripada harga pasaran, walaupun sebelum ini mendakwa tanah tersebut boleh dijual kembali dengan keuntungan dalam masa yang singkat.

"Amanah terus dengan cadangan-cadangannya tempoh hari supaya anggota pengurusan dan Lembaga Pengarah TH dikaji kembali dan dilantik atas dasar kemampuan dan bukan sebagai balasan ke atas kesetiaan politik.

”Amanah menganggap ia sangat diperlukan lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar. TH tidak boleh terus mengorek dari keuntungan pelaburan lama untuk keperluan semasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa