Thursday, February 25, 2016

Nak teruskan buat apa dah AG tanak pakai?

'Syor panel SPRM bukan mahu cabar peguam negara'
mk - Hari ini, 7:46 malam
Syor Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bukan tindakan untuk mencabar kuasa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed justeru berharap syor pada mesyuarat ke-29 panel itu semalam tidak disalah tafsir.
“Saya ingin menegaskan sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara,” kata Abu Kassim.
PPO semalam menasihatkan SPRM terus menyiasat kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dari Arab Saudi.
Badan itu juga mendesak SPRM mendapatkan bantuan Apandi untuk mengeluarkan notis kerjasama undang-undang bersama supaya mereka boleh mendapatkan bantuan daripada penguat kuasa luar negara.
Panel juga menyokong keputusan SPRM untuk mendesak Jabatan Peguam Negara menyemak semula keputusan tidak mendakwa Naib dalam kes SRC International.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa