Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 23, 2016

Alahai Tuan Ibrahim.........aku setuju tapi siapa yang buatkan jadi celaru?

Pembangkang kini celaru – Tuan Ibrahim

 | February 22, 2016
Timbalan Presiden PAS itu menegaskan rakyat ingin melihat pembangkang bersatu, bukan menyerang dan melemahkan satu sama lain.
tuan-ibrahim,pembangkang
PETALING JAYA: Rakyat kini kecewa dengan kecelaruan dalam kalangan parti pembangkang, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata, parti pembangkang harus sedar bahawa rakyat ingin melihat pembangkang bersatu dan bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain.
“Hakikatnya, semua parti pembangkang ingin menukar parti yang menerajui kerajaan kini. Malangnya hari ini, selain UMNO-BN, yang menambah duka dan derita rakyat ialah kecelaruan di kalangan parti pembangkang.
“Rakyat ingin melihat pembangkang bersatu – bukan saling menyerang dan melemahkan satu sama lain,” katanya menerusi surat terbuka beliau, hari ini.
Semalam, PKR menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memecat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang. Tindakan itu sekali gus menyebabkan hubungan PKR dan DAP retak ketika ini.
Tuan Ibrahim berkata, parti pembangkang harus bangkit dengan berpolitik secara matang dan memikirkan ke arah gagasan besar demi menyelamatkan Malaysia.
Katanya, untuk mencapai matlamat berkenaan, rakyat harus jadi pendesak dan guru disiplin kepada pemimpin dan ahli politik.
“Rakyat perlu memberikan mesej kepada para ahli politik bahawa mereka perlu bekerja untuk undi kamu dan bukannya sekadar mengambil kesempatan dengan mengganggap rakyat secara automatik akan mengundi mereka jika mereka menolak satu pihak yang lain,” katanya.

7 comments:

  1. Admin, punca segala kecelaruan bermula dari DAP, itu yang perlu admin renung dan faham. Kena ada sedikit perasaan curiga atas segala perlakuan yang disanjung walaupun mereka itu tuan kita, tidak semuanya betul terutamanya akhlak mereka.

    ReplyDelete
  2. kah kah kah
    adakah ini sebahagian dari tanda-tanda kecil berlakunya qiamat?

    ReplyDelete
  3. Bagi peluang kat hangpa perintah pun kelam kabut..

    ReplyDelete
  4. Abe.
    Hanya geng aku yg terpaling suci..
    The keeper of heaven keys

    ReplyDelete
  5. Dia sedar ke apa yang dia cakap .dia sedar ke apa yang telah berlaku.dia sedar ke siapa yang meruntuhkan Pakatan.dia sedar ke siapa musuh siap kawan .kalau dia tak sedar 'comform' dia mabuk pil kuda.buat malu ulamak je ,cakap berbelit2 bila tenguk tuan dia.

    ReplyDelete


  6. Ramai ahli2 Pas yg masuk AMANAH sikit pon dah tak caye lg dgn Hadi dan Haron Jing hatta merasa sgt2 JIJIK & tak kan sggup lg berIMAM kan ddlm solat mrk 2 kaki putar pitnah pilkuda dan pemuja geliga boya nih


    Jd imej tukang ejas dan tukang SAMAR keliru wajib dilakukan oleh tukang karut agar tak ramai lg walaunta2 gang siku lutot porno pay-per-view yg kat atas pagar tuh melompat n join AMANAH


    Tugas mnjd tukang ejas SAMAR keliru itu kini semakin mnjd2 dilakonkan oleh lebai siku lutot no.2 yg KONON2 nya coba membongkar isu tabung Haji n last2 cuma jd tukang ejas COVER-up sama2 bodoh dan sama BENGAP dgn spesis makhluk "lembaga" GELAP kat tabung Haji tuh

    "Lembaga" Gelap kat tabung Haji yg cuma ade SPM jer tuh pun boleh putar KLENTONG kacang jer...aduhai tahap ulamak haprak cekadak ape gini woi!
    Klu bukan sijil ugama/pondok kot2 SRP/Lce pun tak lulus huhuhu!!

    ReplyDelete
  7. Pas ni sekarang pembangkang ke mesra UMNO-BN?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa