Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 18, 2016

Korang bacalah macam mana gaya Mamat ni bela AG

Sama dengan kamu dululah semasa terlepas kes rogol!

'Tun M, hentikan serangan terbuka kepada Peguam Negara' - Rahim Thamby Chik
Wan Syamsul AmlyAstro Awani |  Februari 17, 2016 09:50 MYT   
'Tun M, hentikan serangan terbuka kepada Peguam Negara' - Rahim Thamby Chik
RAHIM: ujah-hujah yang digunakan Tun Mahathir masih samar selain tidak disokong bukti yang kukuh lagi konkrit.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan untuk menghentikan serangan serta kritikan terbuka secara langsung terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali atau keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak sebagai satu perkara yang tidak wajar dan tidak berpatutan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, sebagai pegawai tertinggi dalam bidang perundangan negara, tugas dan tanggungjawab Peguam Negara adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa memilih 'bulu' dan tidak gentar dengan sebarang keputusan yang dibuat.

"Di dalam konteks ini serangan peribadi dan kritikan terbuka Tun Mahathir terhadap Mohamed Apandi adalah tidak wajar dan tidak berpatutan memandangkan hujah-hujah yang digunakan Tun Mahathir masih samar selain tidak disokong bukti yang kukuh lagi konkrit.

"Mungkin Tun Mahathir menggunakan persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap kerajaan atau petikan dari sumber media dari dalam dan luar negara yang sememangnya anti-kerajaan dan bencikan Malaysia.

"Sebenarnya sumber seperti ini belum boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh dan konkrit serta tidak sesuai dijadikan landasan untuk membuat tomahan secara spesifik, terbuka dan peribadi kepada seseorang penjawat awam seperti Peguam Negara," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Mohamad Apandi tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

2 comments:

  1. Perogol budak perempuan melayu bawah umur ni memang jenis tidak sedarkan diri. Dah tua-tua berkomplot dalam kumpulan Datuk T. Melihat akan wajah pelakon lelaki dalam video yang pernah dijajanya dulu, amat mirip sekali dengan wajahnya sendiri. Cumanya dia pernahlah juga menjadi Ketua Menteri Melaka, berbanding dengan Wan Rosli yang hanyalah sekadar menjadi macai Hadi sahaja.

    ReplyDelete
  2. budak pengkalan balak ni masih nak
    rebut kuasa walaupun umno dah tak
    mahu dia.tengok muka pun meluat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa