Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2016

Kronologi pemecatan 2 Adun PKR di Pulau Pinang dan fakta yang rakyat perlu tahu

Kronologi pemecatan 2 Adun PKR di Pulau Pinang
Muammar Qaddafi
Published: 21 February 2016 10:46 PM

Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini dilaporkan memecat 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang memegang jawatan pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) berikutan kegagalan mereka berdiri menyokong pentadbiran kerajaan negeri dalam isu tebus guna tanah di Pulau Pinang.

Kronologi isu ini tidak boleh dinilai pada peringkat usul yang dibawa Adun Umno untuk menangguhkan projek tebus tanah yang memudaratkan alam sekitar lalu beberapa Adun PKR bertindak untuk berkecuali dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) demi kepentingan alam sekitar membelakangi kerajaan negeri seterusnya membawa kepada pemecatan mereka secara diktator Lim Guan Eng.

Sebaliknya isu ini perlu dinilai pada peringkat awal ia diluluskan dan kesan jika ia ditangguhkan.

Rakyat perlu tahu yang meluluskan projek ini demi kepentingan kroni adalah Umno dan Barisan Nasional (BN) sewaktu mereka memerintah Pulau Pinang.

Ya, BN sebenarnya meluluskan projek ini dan yang menyokong kelulusan dulu adalah parti Adun sama membawa usul penangguhan ini iaitu Umno.

Rakyat perlu tahu juga asalnya seluas 3,241 ekar diluluskan untuk projek ini oleh BN namun kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Guan Eng hanya 744 ekar sahaja boleh ditebus guna.

Rakyat perlu tahu jika usul yang diluluskan Umno/BN ditangguhkan maka kerajaan negeri perlu membayar RM1 bilion kepada syarikat terlibat sebagai pampasan. Hal ini sekali gus boleh membawa kerajaan negeri bankrap dan ribuan juta duit rakyat jatuh ke tangan syarikat terlibat.

Rakyat perlu tahu sudah berlaku 2 kes seumpama ini apabila kerajaan negeri perlu membayar pampasan kepada syarikat yang terlibat iaitu dalam skandal tanah Tang Hak Ju sebanyak RM14.7juta dan Bousted Holding Bhd sebanyak RM20 juta kerana mengurangkan ketinggian hotelnya berpunca daripada tindakan kerajaan Umno/BN meluluskannya sebelum itu?

Adakah kerajaan negeri sekali lagi perlu menanggung kerugian kerana tindakan pimpinan lama kerajaan negeri?

Jadi saya sendiri hairan dengan sikap berkecuali 5 Adun PKR terhadap isu ini seolah-olah mereka tidak tahu kesannya kepada kerajaan negeri.

Tindakan 5 Adun PKR ini sekali gus menikam kerajaan negeri dari belakang bahkan tidak merujuk pun kepada pimpinan PKR negeri.

Pemimpin ini bersekongkol dengan Umno/Bn untuk mendesak kerajaan negeri menggunakan duit rakyat untuk membayar ganti rugi kerana ketamakan pemimpin kerajaan Pulau Pinang sebelum ini iaitu BN.

Pun begitu demi mengurangkan kerosakan hubungan PKR – DAP kerana isu ini saya mengesyorkan pengganti 2 Adun yang dipecat sebagai GLC juga adalah dari PKR, yang dihukum itu haruslah individu bukannya parti yang terlibat. – 21 Februari, 2016.

5 comments:

  1. Senangnya pemakan dedak Dapigs menyalahkan umno dan bn dalam hal penebusan tanah ni. Sejak 2008 dapigs dah berkuasa di penang. Kelulusan dikeluarkan pada 2013. Takkan umno dan bn pulak yg bersalah?

    Kononnya umno dan bn yg luluskan projek tambakan laut. Tapi projek tambakan laut ini juga berkaitan dengan terowong bawah laut. Bila masa dan dimana kelulusan ini dikeluarkan???? Bukankah masa pemerintahan si tokong?

    Kononnya kelulusan ini ada dokumennya. Tapi sampai hari ini dokumen yg dikatakan ada tu tak dapat dibuktikan keujudannya termasuk ketika sidang dun. Logik ke??? Sedangkan dokumen palsu cepat saja disebarkan, inikan pula kalau sesuatu yg sah kesalahan umno dan bn. Takkan tak nak tunjuk kot?

    Kalau hati dah hitam.....itulah jadinya. Babi punya kencing pun kau kata air sirap limau. Kihkihkih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib kau baik kerana kau keris berayon bukan mangkuk hayon.
      Orang utara kata mangkuk hayon sama macam bangang dan bahalul tolol... Kihkihkih.

      Delete
  2. Setelah lama menghilangnya Wan Rosli, muncul An Anonymous yang merupakan Wan Rosli juga. Kemudian An Anonymous juga missing in action, tup-tup tanpa angin tanpa ribut muncul pula KERIS BERAYON yang komennya amat senada dengan Wan Rosli. Jadi adalah dengan ini diisytiharkan bahawa KERIS BERAYON, An Anonymous adalah Wan Rosli tanpa diragukan lagi. Maklumlah, sebagai macai Hadi dan para walaunta yang mengambil komisen bila menghantar komen, mana boleh duduk diam bro. Tak percaya? Lihatlah komen-komennya akan wujud dalam blog ini, YSK dan beberapa blog lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  3. umno jugak yg salah..
    kalau semua keputusan kerajaan sebelum ini kena ikut, baik tak payah
    tukar kerajaan. alasan saje.

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya melayu pulau pinang da kene jual...dulu masa bn metintah x nk minta kuasa veto pp hanya dr kalangan melayu...dok leka mkn nasi kandar jer...las2 melayu pp jd pelarian....nasib kau la melayu...bodoh x bole ajar punya bangsa....patut perlu wakil melayu yg kuat kt pp...parti apa pun merintah suara melayu patut didengar...semuanya da terlambat...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa