AG batal pertemuan dengan panel SPRM hari ini
mk - Hari ini, 10:00 pagi Hari ini, 10:51 pagi
Pertemuan yang dijadualkan antara Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibatalkan saat akhir.
Seorang ahli panel tersebut yang mengesahkan perkara itu berkata, Apandi membatalkan pertemuan itu yang dijadualkan berlangsung pukul 3 petang ini di Pejabat AG.
"Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat menemui beliau (selepas ini), kerana penggal kami dijadualkan tamat sebelum akhir bulan ini," katanya.
Satu sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pertemuan itu telah ditangguhkan satu tarikh yang belum ditentukan.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu sebab pembatalan (pertemuan hari ini)," kata sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi AG untuk mendapatkan respon beliau.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa