Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 26, 2016

Banyak sangat Dedalu dalam PKR.......yang satu ni dah naik pucuk!

Sampai masa PKR siasat Azmin, kata Wakil Rakyat Parti

SHAH ALAM :

Susulan teguran terbuka di dalam PKR terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak mustahil parti itu melancarkan gerakan ala “Langkah Kajang” untuk menurunkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, kata sumber parti.

Sumber berkenaan - seorang wakil rakyat PKR - mendedahkan tidak mustahil Azmin menerima nasib sama seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau percaya Lembaga Displin parti mempunyai asas kukuh untuk meneliti beberapa rungutan yang kian menular terhadap pemimpin nombor dua PKR itu.

"PKR mempunyai Lembaga Disiplin yang akan melihat sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Undang-undang di dalam parti tidak kenal siapa, kena tegas, “ kata sumber berkenaan.

Azmin dibelit dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah dan pemborosan sebagai MB oleh kalangan ahli parti namun pemimpin berkenaan menafikan segalanya sebagai fitnah oleh musuh poliik beliau.

Sumber itu yang juga ahli veteran parti menegaskan tindakan terhadap Azmin boleh diambil seandainya Timbalan Presiden PKR itu enggan merubah ketempangan di dalam pentadbiran negeri.

"Jika kesalahan itu dilakukan, mengapa tidak (pecat) seperti Khalid? Apakah PKR tidak ada orang lain yang lebih berwibawa? Kita punya ramai lagi.

"Untuk lihat bagaimana sikap seseorang itu, kita beri mereka jawatan. Dan itulah yang berlaku terhadap Azmin. Saya benar-benar kecewa, menyesal yang teramat sangat.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) sering berkata PKR adalah parti reformasi. Jika gagal, kena ada gantinya. Jika tidak nampak kejayaannya, kena tukar.

"Saya tidak nampak apa sebab yang kita tidak boleh tukar sebab kita sudah lakukan perkara yang sama terhadap Khalid. Jika ia (dakwaan) itu benar, kita kena lakukan (singkir Azmin)," tegasnya.

Pemimpin ini adalah antara individu yang sering dikaitkan dengan 'kem Azmin' sebelum ini dan antara yang paling lantang menyerang pentadbiran Khalid suatu ketika dahulu sehingga digantikan oleh Azmin.

Sebagai individu yang pernah rapat dengan Azmin, beliau kini meluahkan rasa kesalnya memberi sokongan kepada ADUN Bukit Antarabangsa itu.

"Saya sebagai panglima dan pahlawan yang menaikkan Azmin, yang menyerang Khalid secara konsisten tanpa henti. Balun sehingga Khalid tersingkir. Namun masih ada lagi individu yang bongkak, jauh dari luar kemampuan saya untuk berfikir.

"Saya berdoa jangan dibukakan nafsu serangan saya seperti sebelum ini (terhadap Khalid). Biarlah nafsu serangan itu dibaluti dengan janji dan amanah Azmin," tegasnya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak gentar sekiranya parti mahu mengenakan tindakan jika mengambil keputusan untuk mendedahkan dakwaan-dakwaan tertentu terhadap Azmin secara terbuka.

"Saya bertapak dalam politik kerana Anwar. Mana mungkin saya mengkhianati amanah itu. Jika saya terpaksa menyelamatkan rakyat dan parti serta menjaga maruah pemimpin saya, saya tidak teragak-agak untuk buat serangan," tambahnya.

Azmin menggantikan Khalid  sebagai menteri besar pada September 2014.  Khald disingkirkan setelah dituduh oleh Azmin dan ramai pemimpin PKR lain sebagai membelakangkan parti dan sering mengambil sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat.

Azmin berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu namun beliau turut dibelit dengan beberapa kontrovesi melibatkan peruntukan jutaan ringgit.

Azmin dikaitkan dengan peruntukan kontrovesi  RM9.7 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Beliau juga dibelit dengan dakwaan pemberian projek balak secara tidak telus, selain dakwaan campurtangan dalam pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tindakan Azmin merestui projek penukaran kubah Masjid Negeri Shah Alam yang berjumlah RM32.4 juta dipersoal pelbagai pihak, namun beliau menggunakan alasan ia 'dibenarkan' atas nama Islam.

Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail akur ramai ahli PKR resah terhadap Azmin.

"Yang merungut sekarang adalah ahli parti kan? Maksudnya (rungutan) kegagalan itu datangnya ahli parti dan parti. Saya tidak mahu dan tidak berminat untuk ambil tahu kegagalan beliau sebagai MB. Saya hanya berminat untuk ambil tahu sekiranya beliau gagal menjalankan tugas mewakili PKR.

"Sepatutnya sebagai MB yang mewakili PKR, selain daripada menguruskan negeri, Azmin tidak boleh melupakan tanggungjawabnya mewakili PKR untuk membantu PKR,"  kata beliau.

http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wmcpdjbg==#

2 comments:



  1. Inilah kembar ASLI yg sgt 'ngam' dgn anjing yg mnyalak babi ddlm bukit sbb tertelan RASUAH/fitnah pilkuda

    AMANAH dan DAP wajib bersedia utk lawan Azmin wpun terpaksa bersaing dgn kemungkinan 3penjuru

    Apb budak hingusan coba bermain politik yg konon2nya licik samar tipu dan keliru wajib diajar dan ditendang keluar sprt nasib godFATHER nya itu!

    Budak hingusan nih dan exco2nya diSelangor dah kenyang telan bangkai
    Hati mrk sudah tiada lg utk rkyat dan dah pun mnjd pngkhianat kpd umat

    !

    Projek yg tidak telus dan menipu itu samalah busuknya sprt bangkai!!!

    ReplyDelete
  2. Takpayah susah2 tukar si azmin ni..next pru tukar je kat BN balek..bg perintah pun tak abis2 politiking..biar jd pembangkang balek baru padan muka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa