Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2016

Kita baca pula bagaimana Ahli PAS berfikir dan menilai

5 SEBAB KENAPA AKU KEKAL DENGAN PAS (No 3 Paling win!)

Untuk memilih dengan sesuatu kita perlukan sebab yang kukuh.
Untuk kekal dengan sesuatu kita perlu ada sebab yang kukuh.
Apatah lagi memilih suatu tempat untuk berintimak beramal soleh.
Maka suka aku ingin kongsikan 5 sebab mengapa aku KEKAL dengan PAS.
Aku berharap kita berkongsi sebab yang sama. :)

1.     DASAR DAN TUJUAN PERJUANGAN YANG JELAS

Nampak macm cliché kan? Tapi ini lah hakikat yang semua perlu terima. Dengan dasar dan tujuan yang jelas lah yang membolehkan sesiapa sahaja kekal beristiqamah. Dasar PAS adalah ISLAM manakala seruan adalah Allahuakbar.

Tujuan PAS pula adalah

a.    Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
b.     Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka sudah terang lagi bersuluh. Selagimana semua ini tidak lari dari perjuangan. Maka tiada sebab untuk aku berpindah bahtera.

2.    DI TUBUHKAN HASIL IJTIMAK ULAMA TANAH MELAYU

Korang boleh singkap sejarah penubuhan PAS. Siapa yang berijtimak bersama-sama walau datang dari pelbagai ceruk tanah melayu? Mereka inilah begitu gigih untuk bersama dan menggerakkan satu gerakan islam demi mendaulatkan islam di tanah melayu. Mereka ini tidak lain adalah ulama’ tanah melayu ketika itu. Aku yakin dan percaya dengan keputusan bersama ulama’ melayu ketika itu insyallah ada barakahnya.

3.    MEMPUNYAI 3 ELEMEN DALAM PERGERAKAN

Ini yang paling ketara yang membezakan PAS dengan gerakan islam lain mahupun parti politik lain. Boleh dikatakan semua gerakan islam memilih Dakwah dan Tarbiah sahaja.  Parti Politik pula memilih Siasah sahaja.  Namun berlain dengan PAS. PAS membawa ketiga-tiga elemen tersebut sekaligus tanpa meninggalkan salah satu. Dakwah , tarbiah dan siasah berjalan seiring bersama!. Aku yakin 3 perkara inilah yang mampu menjadi formula untuk membawa islam ini ke puncaknya.

4.    PAS BUKAN SEMPURNA

Ya. Betul. Aku setuju 100% mengatakan PAS bukannya sempurna.  PAS bukan baik sangat pun. Ahli dalamnya pun bukannya semua malaikat. Namun aku percaya PAS yang paling baik dan sempurna antara kesemua parti politik. Kelemahan-kelemahan yang ada pada PAS ini lah yang lebih menguatkan azam aku untuk bersama dengan Gerakan Islam ini. Bukan nya apa. Kelemahan-kelamahan ini lah yang membuka ruang kepada aku untuk beramal soleh sedaya mampu.

5.    DI PIMPIN OLEH ULAMA’ SIASI

Semua mengetahu bahawa politik adalah suatu bidang yang sangat licik. Dalamnya ada kekotoran. Oleh itu untuk memastikan langkah politik kekal dilapik dengan nas agama, Perlu ada golongan yang mampu memandu kita dan membuat bacaan politik dalam neraca agama. Tidak dapat tidak mereka adalah dari golongan ulama'. Bukan sahaja ulama' yang faqih ilmu agamanya. Malah ulama' yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang siasah ini. Antara contoh paling mudah untuk kita ambil Tuan Guru Hj hadi Awang. Benar. kadangkala langkahnya tidak populis dalam masyarakat kita. Namun langkahnya jelas berdasarkan ilmu agama bersulam pengalaman luas beliau. Moga Allah panjangkan umur beliau.

Ok. Cukup aku kongsikan 5 sebab terlebih dahulu.  Doakan aku dan kamu agar istiqamah di jalan juang ini. Kita bukan nak apa pun apabila bersama dengan PAS ini. Kita ingin jadikan ia sebagai tempat untuk kita beramal soleh dalam usaha untuk mengejar syurga Allah semata.

Ya muqallibal Qulub,
Thabit qulubana ‘ala dinika wa ‘ala thaatika.

- Ahmad Zulqurnain Ghazalli-
Ahli Biasa Parti Islam Semalaysia (PAS)

#akupemudapas
#istiqamahhinggakemenangan

7 comments:

  1. PAS sekarang bukan lagi PAS yg dulu2dulu2..5 perkara dah tinggal jauh dibelakang..Kelantan dah banyak banyak jual harta kerajaan..hudud dah kena kincin..ape ulamak pas buat?nak perang besar pun tinggal cakap saja yg besar..

    ReplyDelete
  2. PAS sekarang bukan lagi PAS yg dulu2dulu2..5 perkara dah tinggal jauh dibelakang..Kelantan dah banyak banyak jual harta kerajaan..hudud dah kena kincin..ape ulamak pas buat?nak perang besar pun tinggal cakap saja yg besar..

    ReplyDelete
  3. Mula mula baca ok la jugak rasionalnya, masuk point ke 5 terus rasa kelakar.. terus nampak 1001 sebab aku tinggalkan pas.. tolong la jangan hina agama islam dengan mengangkat hadi awang sebagai contoh ulamak atau contoh pemimpin islam.. malu kat orang ooiiii....

    ReplyDelete
  4. Pembedal Kari KambingFebruary 22, 2016 at 10:55 PM

    Jumud! Macam sekawan kambing biri biri yang perlukan gembala. Buat keputusan sendiri tak reti pasal segala keputusan sipengembala yang akan buat untuk sikambing dan sikambing pun menyeru kepada pihak lain agar menurut cara dan langkah kambing kambing agar terus digembala tanpa perlu bersusah payah untuk berfikir tentang apa yang perlu dan yang elok dibuat untuk diri sendiri. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  5. itu dulu .siyasi mak ang---yang aku lihat bangang belaka--wal hasil balik asal

    ReplyDelete
  6. Pas la ni dah jd umno..lebih memusuhi rakan2 pakatan berbanding umno..jd penasehat umno..murshidul am lapor ke naib presiden umno..agak2 hang kalu tgna ada depa ni berani ka?

    ReplyDelete
  7. Pemuja Dan penjilat hadi awe rupanya
    Woi mangkuk hadi awe bukan ulamak la..
    Kaki fitnah, mulut cabul..
    Jgn puja lebih lebih kan syirik kan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa