Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, February 21, 2016

Peranan Dr. Asyraf Wajdi dan Hudud PAS Kelantan

Siapakah Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki?

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), beliau menjawat jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan antara watak penting dalam menjatuhkan dan menjahanamkan Pakatan Rakyat dengan "menjentik" PAS dengan undang-undang hudud.

Berjumpa dengan pimpinan atasan PAS Pusat dengan meminta deraf hudud dibentangkan oleh PAS dan beliau meyakinkan bahawa UMNO akan menyokong Deraf Kanun Jenayah Syariah (hudud) apabila dibentang.

Permulaan episod apabila beliau meminta kanun jenayah syariah dibentangkan di sidang DUN di Negeri Kelantan.

Oleh kerana Negeri Kelantan agak Islamik maka Kanun Jenayah Syariah mendapat sokongan majoriti dan disokong oleh barisan pembangkang (UMNO).

Taktik beliau selaku watak utama dan air mata Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad telah menjadi kerana walau apa pun cara sekalipun pembangkang tetap akan kalah jika tidak menyokong.

Selaku Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semestinya mata rakyat Kelantan sudah berjaya dikaburkan bahawa UMNO tidak menolak hudud.

Namun episod berikutnya perbalahan dalaman PAS berlaku bahawa pimpinan atasan PAS ditegur dan dinasihat bahawa ini adalah perangkap UMNO.

Namun teguran dan nasihat tidak diendahkan. Maka langkah seterusnya Deraf Kanun Jenayah Syariah dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS walaupun Pengarah Undang-Undang PAS, YB Hanipa Maidin tidak melihat langsung deraf yang ingin dibentangkan.

Hari berganti hari dan penggal berganti penggal, Kanun Jenayah Syariah masih lagi tidak menjadi usul yang "istimewa" di Parlimen. Janji UMNO untuk menyokong usul hanyalah tinggal janji.

Ini adalah kemenangan untuk beliau dan UMNO apabila berjaya memecahkan Pakatan Rakyat yang telah menjaya mendapat majoriti sokongan rakyat sebanyak 52% dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

UMNO dalam keadaan terdesak dan tersepit ketika itu kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu Timbalan Perdana Menteri pernah mengatakan jika PRU 14 UMNO kehilangan 2% lagi undi maka Putrajaya akan bertukar ke tangan Pakatan Rakyat.

Kini beliau selaku pelakon terbaik telah mengatakan hudud tidak boleh ada dalam konteks Malaysia. Permainan beliau telah berjaya.

Untuk menjaga hati PAS maka beliau meminta Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) di bawah tajaan kerajaan.

Jika ditanya mengenai hudud atau Islam maka ahli-ahli PAS akan attack DAP. Jika dulu ahli-ahli UMNO akan kata semua salah Anwar. Sekarang ahli-ahli PAS akan kata semua salah DAP. UMNO?

Tulisan:
~ Abdul Razak Bin Nordin.

11 comments:

  1. Pas berlagak cerdik. Cakap berdegar-degar, taik sangkut di gelegar. Dulu kini dan selamanya pelembu dek umno hi hi

    ReplyDelete
  2. Asyraf Wajdi tak salah pun dari segi politik dan strateginya. Malah beliau membantu menyedarkan rakyat betapa mudahnya orang agama dalam PAS ditipu walaupun berbuih mulut membaca kitab dan disandarkan lagi dengan hadis Nabi dan Quran, tapi Lebai Bangang PAS, masih terlalu mudah ditipu dan begitu pula sebaliknya mereka begitu kuat juga menipu dengan bersandarkan ayat-ayat Quran

    ReplyDelete
  3. Tak kisah lah jika benar ada udang di sebalik batu apabila umno berkata hendak menyokong hudud.kita ucap terima kasih kpd umno krn pada zahirnya mahu sokong hudud. Siapa kita mahu judge apa yg terbuku dihati mereka? Hanya tuhan sahaja yg tahu. Hancur pakatan rakyat bukan kerana bijak mainan umno, tetapi kerana hipokrit dan lakonan Dap selama ini tak bertahan lama. Dendam dan kebencian Dap kpd islam yg mendalam menyebabkan mereka tidak boleh terima hudud, kerana mereka pejuang LGBT, PLURALISM dan sebagainya. Sbbtu dia putus hubungan dgn presiden pas. Kononnya pas betul presiden yg tak betul.mainan licik Dap tidak dapat dikesan oleh segelintir pimpinan pas yg gilakan Putrajaya. Sebenarnya Dap hendak gunakan mereka menjadi pecacai politik Dap utk meraih sokongan org melayu kpd Dap. Maka muncullah melayu mat sabu yg memaki hamun bangsa sendiri demi tunjuk taat setia kpd Dap. Umno sekarang mula menyokong hudud. Dap konsisten tentang hudud, pilih mana satu yg anda fikirkan baik,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat sabu x penah maki melayu2 yg cerdik..melayu mcm ko la anon 4.06 yg kena maki...hahahah..bodoh

      Delete
    2. balik2 tetap dap yg dipersalahkan. umno tetap tak salah. inilah pendirian pemimpin dan walaun/ta pas! memang bengong!!

      Delete
  4. Perasan hairan penyokong-penyokong PAS dengan tidak tanduk PAS semasa akhirnya terdedah.
    Apa yang menghairankan penyokong-penyokong PAS dengan sikap pimpinan PAS semasa yang diam membisu untuk mengkritik dan menentang penyelewengan UMNO terbongkar. Mereka telah menelan umpan yang disangkut ejen UMNO dalam parti. Kononnya DAP adalah ejen Israel di Malaysia dan Mat Sabu dan rakannya dalam AMANAH adalah ejen DAP yang mengkhianati perjuangan PAS.
    Penceramah-penceramah PAS seperti telah dirasuk, selepas sahaja memberi salam, mereka terus menyerang DAP dan AMANAH yang didakwa ajen kepada DAP.
    Pernah berlaku, dimana dalam satu ceramah AMANAH yang aku hadiri penceramah terus terang mengatakan bahawa ceramah diadakan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS.
    Hakikat yang tidak boleh dinafikan, pimpinan PAS tidak lagi menjuruskan ceramah-ceramah mereka untuk memberi penerangan mengenai penyelewengan dan cita-cita PAS untuk mengantikan UMNO.Bahkan 90% ceramah diisi dengan bela diri dari serangan ahli PAS yang bernama Husam Musa dan menyerang DAP dan AMANAH.
    Sebagai seorang yang tegar menghadiri ceramah-ceramah PAS, terasa amat jauh sekali pendekatan TGNA dengan pengganti-pengantinya. Walaupun dalam ceramah politik, TGNA berjaya membawa kita kepada keinsafan sebagai seorang hamba dan kehidupan kita selepas mati.
    Namun ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS, tidak lagi membawa sinar kecuali seperti berada dalam program BTN.
    Berilah peluang kepada PAS untuk berubah dan berada pada kedudukan sebelum ini.
    Menukar pimpinan bukanlah suatu yang hina, namun penukaran pimpinan merupakan pertukaran yang baik kepada lebih baik

    ReplyDelete
  5. Buat solat istikharah mohon petunjuk.....Allah swt Maha Mengetahui atas segalaNya dan setiap yg berlaku atas kehendakNya dan pasti ada hikmah atas setiap yg berlaku yg kita sebagai manusia , pemikiran kita tidak terjangkau setiap ketentuan Allah swt.....setiap ketentuan Allah swt itu yg terbaik....yg tersurat terlihat...yg tersirat Allah swt yg Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Ada MASYOOOKKK

    Biasa lah

    Mat SOTONG pon boleh MAGIK

    Budak PATIN pon jadi Mat PORNO

    Apa lagi tak ada dalam Parti Angkot Sampah ?

    BEWAK saja belom ada

    ReplyDelete
  7. Anon 4:06 PM.... Tu sebenarnya suka tadah mulut bila Hadi Awang nak kencing, maklumlah PAS setaraf Islam dan Presideng Mania~nya seteraf Rasul (khas untuk walaun yang malas membaca).

    ReplyDelete
  8. Ha ha ha....Wan Rosli, ulasan yang kamu berikan itu tidak laku untuk memperbodohkan pembaca lain. Nampak sangat kewanrosliannya!

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dgn ashraf wajdi,,teruskan usaha utk tlg pas laksanakan hudud di Kelantan. Semua org Islam patut mendoakan semoga usaha ini berjaya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa