Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 20, 2016

Cabaran Dr. Dzulkefly: Agaknya apa respon Najib ?

Najib saman segera WSJ atau letak jawatan cabar Dr. Dzulkefly
 | MALAYSIA DATELINE
Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak didesak meletakkan jawatan sekiranya masih lagi tidak mahu bertindak menyaman media asing Wall Street Journal (WSJ) yang didakwanya membuat tuduhan palsu kali kedua terhadap isu derma RM2.6 bilion.
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, terkini pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia,semalam, dipetik sebagai berkata berkata wang derma RM2.6 bilion itu adalah bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
"Sebaliknya sumbernya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka dalam beberapa bulan akan datang. Ini adalah tuduhan WSJ buat kali kedua.
"Pada 26 Januari lalu Peguam Negara membebaskan Najib dari apa jua kesalahan tentang derma RM2.6b dan RM42juta dari SRC Int'l kerana 'tidak dapat bukti yang cukup'.
"Najib bercita-cita untuk menutup kes derma ini dan menyuruh negara 'move on'. Memang tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk mempercayai keputusan Apandi (termasuk sebahagian orang Umno sendiri). Keputusan Apandi ini telah menjadi lawak jenaka antarabangsa! Kini pelbagai maklumat akan terdedah, harri demi hari untuk melengkapkan 'bukti yang tidak cukup' itu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr. Dzulkefly juga menuebut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahukan semakan semula keputusan peguam negara yang menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion melalui membentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).
PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009. Pelbagai dakwaan ke atas Najib yang dikemukakan pihak SPRM tidak dilayani Apandi.
"Apandi, sepatutnya perjelaskan mengapa Bank Negara Malaysia mengenakan penalti RM53.7juta ke atas AmBank bersabitan urusniaga bersabitan akaun Najib Razak. Apakah salah mereka? Najib dikatakan tidak tahu menahu tentang perpindahan itu tetapi menggunakan dana itu dengan kredit kadnya? Juga, di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 menyebutkan menerima dana atau wang oleh penjawat awam dianggap rasuah. Bagaimana pula tidak cukup bukti?," soalnya.

Justeru katanya lagi, pada Julai 2015 WSJ mendedahkan tentang derma RM2.6bilion dan RM42juta dari SRC dalam akaun peribadi. Dua kali perpindahan; US$620juta dan US$61juta pada bulan Mac 2013, dari sebuah syarikat kewangan Tanore Finance, berdaftar di British Virgin Islands sebelum PRU ke-13.
"Dana itu dipindahkan ke Swiss bank (Falcon Private Bank di Singapura) dimilikki oleh International Petroleum Invest¬ment Co (IPIC), sebuah dana Abu Dhabi, kepada akaun AmIslamic Bank cawangan di Kuala Lumpur milik PM Najib. Najib yang kononnya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan saman kepada WSJ.
"Namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata. Begitu juga perihal 'money trail' dana RM42juta dari SRC Int'l.
"Pada 6 Feb lalu, seorang Menteri Saudi tegaskan dana yang diberikan bukanlah derma tetapi pelaburan.
"Berikutnya, pada 11 Feb, sebuah badan penyelidik a/bangsa BMR Research, milik Fitch Group, sebuah Badan Penarafan Antarabangsa, membuat pernyataan bahawa pelabur dan pengurus dana antarabangsa tidak berani untuk melabur di Malaysia selagi tidak selesai masalah ini kerana takut terpalit dalam urusniaga yang dipersepsi sarat dengan amalan rasuah.
"Pada 27 Jan seluruh media a/bangsa; WSJ &NYT (USA), Independent, Guardian (UK), Bloomberg, BBC, CNBC dll memberi laporan negatif tentang keputusan Apandi dan siasatan tentang pelbagai kesalahan urusniaga 1-MDB khasnya melanggari undang-undang a/bangsa AMLA dan Exchange Control Act adalah Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat," jelasnya.
Menurut Dr Dzulkefly lagi tuduhan Ken Brown adalah sangat berat dan meruntuhkan segala kredibiliti dan maruah negara yang telah sedia tercalar.
Namun Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ sejak tuduhan yang pertama dahulu.
"Rakyat di negara menuntut supaya PM Najib Razak saman segera WSJ, kalau benar mereka membuat tuduhan palsu untuk kali kedua ini!
"Tuduhan WSJ adalah sangat berat buat negara Malaysia yang berdaulat ini sekaligus menghancurkan nama baik, integriti dan maruah negara ini! Kesan dan kemudaratan bukan kepalang buat negara.
"Seandainya Najib tidak mahu menyaman WSJ, maka seluruh rakyat menuntut PM Najib Razak, demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat, supaya segera meletakkan jawatannya selaku PM dan Menteri Kewangan," ujarnya.

18 comments:

  1. Tak payah nak cabaret org tu org ini letak jwtn, ko tu jika ada maruah letak jwtn mp shah alam. Ko menang atas tiket pas. Sekarang ko bawa lari kerusi tu atas tiket parti Amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...ana sudah ckp..ini walaunta sudah mabuk lah..fil kuda brapa byk sudah telan lah..enta tau ka shah alam dkt mana..hahahahah..ana rasa dekat marang lah..

      Delete
    2. Hahahaha...ana sudah ckp..ini walaunta sudah mabuk lah..fil kuda brapa byk sudah telan lah..enta tau ka shah alam dkt mana..hahahahah..ana rasa dekat marang lah..

      Delete
    3. Tiket Pas aleuto, tiket PR bodoh

      Delete
    4. Kita cakap tajuk lain...apa cita pasal tiket pas pulak

      Delete
  2. Bawa lari kerusi tk salah disisi undang2. So what?? Dr. Zul ni bukan mp shah. Enta wala unta dah tersalah fakta. Selidik dulu bro. Emosi sangat. Ko dah mcm sayang sangat kat najib umno. Mcm tg presideng hadi awe pas chai jugak. Kehkeh

    ReplyDelete
  3. Anon 9:25 AM

    Kerusi Shah Alam tu, Khalid Samad weh!

    ReplyDelete
  4. Yess. Dr Zul bukan mp shah alam bro

    ReplyDelete
  5. Nukilan atas tu mesti wala unta Lce sama dgn mad bashah. Biar aku bagi kuliah Btn skit. Mp shah alam khalid samad. Dr. Zul bekas mp kuala selangor. Mp k.selangor now yb irmohizam (bn najib). Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warghhh warghhhh wargghhh...
      Pecah perut aku

      Delete
  6. Anon 9:25 tu aku rasa bayar murah. Buy 1 free 1. Mungkin budak jual burger main guitar. Baca Metro, URTV, pinjam Utusan gerai sebelah. Cita2 nak tukar ekzos motor, beli spek Ray Ban. Kalau dapat keta proton perdana kira x dapat tido mlm. MP Shah Alam pun x tahu. Err.. MP tu member of parliament. Patut la zahid nak bawak masuk 1.5 mil bangla. Anon 9:25 adalah contoh terbaik.

    ReplyDelete
  7. Kahkahkah
    Dimana2 kita akan terjumpa walaun bengong pas dgn fakta2 yg merapu mcm tuang presidengnya..sama2 mandi air kencing umno,mca,mic
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Kahkahkah
    Dimana2 kita akan terjumpa walaun bengong pas dgn fakta2 yg merapu mcm tuang presidengnya..sama2 mandi air kencing umno,mca,mic
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Ratib kitab mathurat walaun

    Barua DAP
    Barua DAP
    Barua DAP

    ReplyDelete
  10. Pas barua umno ....hudud apa cite..mca mic geng umno... bodoh la org yg sokong pas....

    ReplyDelete
  11. Pengundi UMNOBN memang bangang. Inilah punca budak bodoh jadi menteri...

    ReplyDelete
  12. Aku terhidu bau busuk hapak Wan Rosli kali ini, ia amat menusuk hidung!

    ReplyDelete
  13. Malaysia mau jadi Banglasia, lu orang melayu gaduh sama sendiri kicil punya hal, langit pun mau runtuh. Bodooooo......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa