Derma RM2.6 bilion: SPRM perlu dapatkan MLA untuk teruskan siasatan ke Arab Saudi
| DALIA ISMAIL
Kontroversi derma RM2.6bilion masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperoleh persetujuan Peguam Negara melaksanakan prosedur Mutual Legal Assistance (MLA) bagi membolehkan SPRM meneruskan siasatan ke Arab Saudi.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, SPRM telah merujuk arahan Peguam Negara untuk menutup tiga fail siasatan yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada jawatankuasa Panel Penilaian Operasi ( PPO).
“ Ia kini berada dalam lingkungan kuasa PPO untuk menilai semula keputusan Peguam Negara itu.
“SPRM berpendirian perlu mendapatkan keterangan lanjut tetapi pada masa sama SPRM terpaksa akur dengan keputusan Peguam Negara.
“Dalam hal ini SPRM boleh merujuk kepada PPO sebagai badan bebas khas untuk memberikan pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.
“Bagaimanapun SPRM masih perlu melengkapkan siasatan berkaitan dokumen dan keterangan melibatkan beberapa institusi kewangan di luar negara dalam kes membabitkan RM2.6bilion.
“Dokumen dan keterangan ini hanya boleh diambil melalui proses MLA di bawah bidang kuasa Peguam negara kerana ia terikat kepada peruntukan undang-undang perbankan negara berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Parlimen semalam.
Jelas beliau lagi, proses MLA hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dan kebenaran Peguam Negara seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.
Sepatutnya semalam berlaku pertemuan antara Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dengan Jawatankuasa Pemantau SPRM iaitu bersama PPO membincangkan hal ini, sebaliknya dibatalkan di saat akhir.
PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.
Sambungnya lagi, “PPO yang dipengerusikan Tan Sri Dr Hamid Bugo akan melihat kes SRC dan RM2.6bilion sebelum tutup kertas siasatan secara fizikal.
“Jika PPO tidak berpuashati boleh meminta Peguam Negara untuk review semula bagi mendapatkan MLA untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan,” katanya.
“Jika PPO tidak berpuashati boleh meminta Peguam Negara untuk review semula bagi mendapatkan MLA untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan,” katanya.
Apandi dalam kenyataan sidang akhbar pada 26 Januari lalu dipetik sebagai berkata, beliau berpuas hati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (Mutual Legal Assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Sebaliknya pada 6 Februari tersebar pula laporan daripada media asing New York Times yang melaporkan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan dia tidak fikir wang tersebut datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik sebaliknya mendakwa wang tersebut datang dari akaun peribadi Putera Arab Saudi tetapi bukan derma.
Ditanya sejauh mana kemungkinan Peguam Negara akan bersetuju untuk melihat semula kes dan bersedia melalui proses MLA setelah kes itu ditutup?
“Kita hanya akan jalankan siasatan dan kemukakan kes untuk disemak oleh Peguam Negara kalau Peguam Negara akhirnya membuat keputusan yang sama, tidak mahu mendakwa itu merupakan kuasa mutlak yang diberi di bawah perlembagaan dan akta sedia ada,” ujarnya yang mengatakan bidang kuasa SPRM dalam melakukan penyiasatan terhadap sesuatu kes berprofil tinggi adalah terhad.
Sambungnya lagi SPRM bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada ditetapkan kepada suruhanjaya itu di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau menjelaskan sebelum ini terdapat lebih kurang 30 kes membabitkan proses MLA yang pernah dikendalikan SPRM, apabila SPRM meminta Peguam Negara melihat semula kes-kes tersebut, sebaliknya terdapat kes ditutup.
“Kita ada lebih kurang 30 kes yang mana boleh dibuka semula kerana ada fakta baru.
“Jika SPRM nak dapatkan pembuktian daripada kerajaan Arab Saudi dalam kes RM2.6 bilion prosesnya sama, perlu melalui Peguam Negara untuk membolehkan SPRM lakukan siasatan ke negara itu.
“Kalau melihat sumber bukti di luar negara itu kita kena lihat ada setengah negara MLA tidak sama dengan Malaysia. Ada beberapa kriteria perlu diambil kira untuk mendapatkan MLA antara dua negara iaitu persamaan dari sudut perundangannya.
“Contoh sebagaimana pendakwaan tidak boleh dilakukan ke atas Sirul yang lari untuk mendapatkan perlindungan di Australia. Peguam Negara tidak boleh membuat pendakwaan terhadapnya atau untuk mengekstradisi Sirul melalui MLA kerana undang-undang di Australia tidak ada hukuman gantung sampai mati (death panelty) berbanding perundangan di Malaysia.
“Begitu juga dalam kes Eric Chia, SPRM ambil masa enam tahun untuk dapatkan bukti di Switzerland apabila melibatkan pembuktian di luar negara prosesnya bukan senang,” terangnya.
Anjing yang telah diberi makan kenyang, akan tetap setia pada tuannya. Tuannya itu perlu dipertahankan oleh anjing tersebut, walau dengan apa cara sekalipun.
ReplyDeleteMuka dato ada mirip arwah ar tompel. Ada jongang skit. Tp yg dato mention sgt kelakor. Ala MLM. Haha
ReplyDelete