Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2016

Pulaak........kohor berat doh!

KDN syor gubal undang-undang daftar penulis blog
February 21, 2016
Ia bagi membantu KKMM menggubal undang-undang baharu bagi tujuan mengekang penulisan berunsur fitnah
Datuk Nur Jazlan Mohamed
JOHOR BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.
Beliau berkata, KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.
“Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita pada majlis rumaah terbuka Terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di sini hari ini.
Beliau berkata, banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut.
– BERNAMA

# Alasan nak tutup pekung ke apa?

4 comments:

  1. blog org buat kek..tip susukan anak..blog kisah hidupku..ni semua ni nak kene daftar gak ke..haha..igt blog dalam internet ni ada 2 ketul je ke

    ReplyDelete
  2. Laman web porno bleh plok....

    ReplyDelete
  3. supo bapok dio dulu maso jadi menteri penerangan rockers yg rambut panjang tak bolih masok tv..samo benggong dua beranok

    ReplyDelete
  4. Blog pecacai makan dedak gomen yg mesti awal2 kn register. Blog pecacai gomen selalunya identiti mcm sembunyi diri.

    Mykmu tu sapa? Cybertrooper bin Tahman Dahlahhh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa