Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 21, 2016

Tidak pelik bagi sikap politik orang Kelantan

Orang Kelantan boleh humban siapa sahaja yang mereka tidak berkenan!

Tak payah PAS nak jaja apa-apa
Orang kelantan lebih bijak menilai dan tentunya lebih tahu sikap pemimpin PAS Kelantan di bawah Mad Yaacob dan Nik Amar!

Ini menunjukkan propa PAS gagal. Mereka tidak melihat PAS sebagai satu agama yang wajib dituruti dan wala' kepada pemimpin yang telah membuang logika politik serta ajaran agama yang didokong mereka selama ini. 

Mereka sekarang melihat PAS hanyalah satu wadah politik semata-mata dan perjuangan pemimpinnya hanyalah kerana survival politik sahaja. Kerana itu pemimpin mereka sanggup menyumpah seranah dan melabel kepada bekas rakan mereka yang tidak sehaluan dengan pegangan mereka.

Selepas ketiadaan Nik Aziz PAS sudah hilang saganya!

Pelik ahli Pas sokong DAP
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 FEBRUARI 2016
RANTAU PANJANG - Ahli-ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan parti berhubung isu putus hubungan dengan DAP dinasihatkan agar bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mereka ahli Pas atau DAP.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, sebagai ahli Pas, golongan berkenaan sepatutnya mempertahankan parti dalam apa jua situasi.

Katanya, namun jika masih ada pihak tidak berpuas hati dengan isu berkenaan, mereka tidak pernah dihalang untuk menjadi ahli DAP.

"DAP lebih dahulu membuat onar dengan kepimpinan parti ini apabila memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mac tahun lalu.

"Ketika itu kita tidak pernah memutuskan hubungan dengan mereka sehinggalah beberapa bulan lalu, apabila Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar, memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Nassuruddin yang juga Adun Meranti berkata, beliau berasa pelik melihat sikap golongan minoriti dalam Pas yang lebih cenderung menyebelahi DAP.

Menurutnya, pemimpin Pas lebih mengenali keperibadian pemimpin DAP yang boleh diibaratkan seperti 'dulu lain, sekarang lain'.

"Hanya kerana mereka sudah berjaya memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang selama dua musim, sebahagian pemimpin DAP dilihat sudah besar kepala dan cuba membentuk pentadbiran Pas terutama berkenaan hukum hudud.

"Kita tahu mereka bukan Muslim dan menolak hukum hudud. Namun saya pelik dengan sikap Muslim yang meyokong kepimpinan bukan Muslim dalam isu itu," katanya dalam Ceramah Pas Isu Semasa di Cabang Tiga Pohon Keranji Meranti, malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

9 comments:

  1. Pemimpin PAS berucap pakai kepala lutut daripada kepala otak. Bila hati dan jatuh cinta dengan HAMNO....rakan lama dah jadi musuh. Poooodahhhhh

    ReplyDelete
  2. Tanya sama Hadi
    Apa sudah jadi
    Tanya sama Hadi
    Hudud mana lagi
    Tanya sama Hadi
    UMNO main lagi
    PAS sudah kena lagi.

    ReplyDelete
  3. Orang2 melayu ni,,baik umno, pas,pkr ke,amanah ke semuanya sama je. Asyik bergaduh sesama sendiri. Yang hairannya,,Pepatah melayu pun sebut "bersatu teguh bercerai roboh". Ayat2 alquran pun setahu saya bnyk menyuruh kita umat islam bersatu. Semua parti di atas mewakili umat Islam. Daripada sebelum dan selepas Merdeka dan sehingga kini asyik bergaduh. Kenapa? Tak boleh kah hidup berkasih sayang sesama bangsa dan seagama? Org melayu dah jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dgn kaum lain baik dari sudut pendidikan dan ekonomi. Kuasa politik pun akan hanyut dua atau tiga kali pru lagi. Cepat2 la kembali kepada kebenaran dan ajaran islam. Semua kita satu agama. Ingat,,kaum lain iaitu org cina dan India memang suka org melayu bergaduh sesama sendiri supaya kita mengharapkan undi mereka utk mendapat kuasa. Setelah terhutang budi, maka segala permintaan mereka akan ditatang bagai minyak yg penuh. Sedarlah melayu,,163 darpada 222 kwsn parlimen di malaysia adalah majoriti melayu. Utk mendapat 2/3, hanya perlukan 148 sahaja. Kenapa tidak mahu bersatu??Nak jadi seperti " menang sorak kampung tergadai " kah kita??

    ReplyDelete
  4. Kah..kah..kah.. anon 12.19 macam suruh pangkah bn aje..dah lupa kah bahawa yg menjahanamkn negara adalah pemimpin melayu. Penerima rasuah masih megah bertakhta.

    ReplyDelete
  5. Dulu prti isle sem'sia
    Loni pyelamk asobiah se'msia
    Hasl kijo puok Ust Gu-umno dnge walauncai sakmoh sokmo

    ReplyDelete
  6. Nk bersatu? Aku cadang kita mansuh parti politik. Pilihanraya ada. Tp setiap calon bertanding atas kapasity calon sendiri. Calon yg menang akan mesyuarat dan pm dipilih yg punyai suara majority. Amacam?

    ReplyDelete
  7. Memaki hamun dan tuduh menuduh sesama sendiri tanpa bukti ni,tiada langsung dalam ajaran islam. Seronok sungguh org2 cina memerhatikan gelagat politik org melayu. Politik menang sorak kampung tergadai. Ya,,ini adalah hadil sistem pendidikan sekular ala umno bn juga. Tapi,,melayu masih belum terlambat utk bersatu diatas perjuangan Islam. Ayah org melayu,, Mari bersatu sepertimana cina bersatu ( org cina berlakon ja bergaduh, kita yg sebenarnya bergaduh)

    ReplyDelete
  8. Poraah la nk bersatu...dlm umno pun pecah belah...hakikatnya umno n sekutunya milik british...itu fakta...tukar nama umno dlm bahasa melayu baru dikira milik melayu.....ada berani..malaysia patut ada parti buruh berlandaskn islam... bkn pas..umno...or etc...rakyat kebanyakn buruh..n pekerja awam...patut ada bank buruh yg kukuh...bkn kwsp yg songlap duit rakyat...ada pinjaman beli rumah....ada syarikat buat rumah mampu milik...presiden satu...lain mkn gaji biasa jer...x payah ada banyak ahli parlimen..membazir duit rakyat jer bayar sana sini...bkn banyak menteri bodoh lg tamak...ubahlah bangsaku..

    ReplyDelete
  9. Alangkah peliknya ada anon-anon ni boleh menyarankan supaya melayu bersatu, sedangkan dalam semua pilihanraya PAS sendiri pun akan bertanding menentang UMNO. Kebiasaannya DAP hanya bertanding di kerusi yang meletakkan calon sama ada MCA atau Gerakan atau MIC. Cubalah anon-anon bengong tu terangkan, adakah pernah orang melayu menjadi calon sama ada MCA atau Gerakan atau MIC? Eloklah disimpan saja kebodohan /kewanroslian kamu itu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa