Murali Subramiam, Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor didakwa hanya melantik kroni-kroninya dan menggugurkan mana-mana individu yang dianggap memberi saingan kepadanya, dakwa Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali.
“Contohnya Prof Dr.Aziz Bari kerana Azmin takut dengan dia maka usaha DAP menamakan dia selaku Ahli Majlis Ampang dinafikan kerana alasan dia duduk dalam kawasan Majlis Selayang.
“Tetapi peraturan ini dibakul sampahkan bila mahu tempatkan kroni mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.
S Murali berkata demikian sebagai memberi bukti sikap memilih bulu yang dilakukan Azmin dalam isu lantikan Ahli Majlis PBT
“Saya dengan ini mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam sidang media semalam yang turut dihadiri beberapa pimpinan cabang PKR Selangor dan saya sedia berdepan dengan siapa sahaja untuk menunjukkan bukti,” katanya.
Ujar Murali, beliau bertindak sedemikian kerana melihat Azmin tidak menghormati struktur parti dan sedang berusaha mensabotaj parti diperingkat cabang.
“Saya tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang dan ia usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong Azmin pada pemilihan lalu.
“Di mana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan Cabang dalam Selangor,” ujarnya lagi.
# Berita berkaitan:
Setiausaha Politik Azmin Perjelas Sebab Aziz Bari Digugur Sebagai Ahli Majlis PBT
Selepas Dicanang Bakal MB Selangor, Aziz Bari Dicantas Calon MPAJ
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa