Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 23, 2016

Santai-sejarah: Kubu peninggalan Brittish semasa perang dunia kedua

Salah satu kubu yang masih utuh di Kampong Pantai Mek Mas, Kelantan. Malangnya tiada mana-mana pihak sama ada Musium atau pun paling kurang Persatun Sejarah Kelantan yang mengambil inisiatif  untuk menjaganya sebagai bahan sejarah yang pahit pada perang dunia kedua dari tahun 1941-1945

Mengikut sejarah lisan, askar-askar Gurkha yang ditugaskan mempertahankan kubu ini dirantai supaya tidak boleh melarikan diri ketika diserang. Mereka dibunuh oleh askar-askar Jepun yang berjaya menawan kubu-kubu seperti ini.

Sebenarnya kubu-kubu begini banyak dibina dipesisiran pantai Kelantan tetapi kebanyakannya telah ditelan laut kerana hakisan semasa tengkujuh. Sesetengahnya sudah jauh berkilo-kilo di tengah laut. Semasa aku budak-budak dulu memang banyak aku nampak di lokasi sepanjang pantai
 
 
 
 
Saja-saja abang aku bergambar bersama cucu sulong aku
 
Bahagian dalam dan pada tiang inilah dikatakan askar-askar Gurkha itu dirantai
 
Bahagian dalam hanya ada satu tiang
 
juga bahagian dalam
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa