Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 26, 2016

Inilah kesalahan blog aku sehingga kena block kot?

#   Ciunama......punya TMI punya rapu, blog aku pun kena blog.
Mungkin kerana article beginilah kot blog aku kena block sama!
Aku hanya coy and paste dari article dari sini (TMI) saja...........termasuk apa yang Muhyiddin katakan dari laporan di TMI
Tapi kalau TMI dah tak boleh access macam mana pula TMI postkan articlenya?

JUMAAT, 26 FEBRUARI 2016 @ 12:14 AM 
Panel penilaian SPRM sangkal laporan Malaysian Insider 

KUALA LUMPUR: Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia "mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti dilaporkan dalam portal berita Malaysian Insider hari ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo, berkata Panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada Panel.

"Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu," katanya dalam kenyataan di sini. 

Hamid berkata Panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai "cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa "terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak". 

Panel juga tidak membuat rumusan bahawa "penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib", katanya. 

Bagaimanapun, katanya, Panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.

Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan "SPRM diminta oleh Panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini".

"Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM. 

"Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa