Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 21, 2016

Orang berjihad yang takut mati ooo.....

Kalau dah tak bert***r tu........macam-macam hal timbul lah weh!

Zamihan dakwa dapat ancaman bunuh
Al-Abror Mohd Yusuf       Hari ini, 4:53 petang
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain mendakwa mendapat ancaman bunuh untuk kali kedua dalam sejarah kegiatan dakwahnya.

Zamihan berkata seseorang yang dipercayai di Pulau Pinang, menulis komen di Facebook yang merangsang seseorang membunuhnya dan ia dikesan semalam.


Ditemui media di pejabat Aswaja di Bangi hari ini, Zamihan berkata walaupun individu tersebut tidak membuat kenyataan secara langsung mahu membunuhnya, komen berkenaan boleh mendorong mana-mana pihak mengancam keselamatannya.


"Insya-Allah saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat," katanya.


Ancaman itu dibuat ketika nama Zamihan terus dikaitkan dengan perdebatan dan dialog - yang gagal - antara beliau dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Dilihat sebagai pegawai agama yang keras dalam ucapannya terhadap Mohd Asri, Zamihan berkata ugutan berkenaan adalah yang kedua diterimanya setakat ini.


"Kali pertama berlaku pada tahun lalu membabitkan seorang kakitangan kerajaan di Lahad Datu.


"Dia memberi komen menunjukkan kematian saya adalah kemenangan kepada umat Islam tertentu," katanya.


Sebelum ini ada usaha untuk mempertemukan Zamihan dengan Mohd Asri melalui peranan yang dimainkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, tetapi tidak menjadi kenyataan.


Sementara itu sumber memberitahu kemungkinan besar Zamihan akan membuat laporan polis itu petang ini.

5 comments:

  1. Sapa disebelah zamihan? Pakai baju merah. Ituler dato mustapa yakob veteran otai umno msia. Ada apa2 ke zamihan dgn dia. Zamihan pon umno juga? Mcm fathul bari? Saja tanya. Jgn marrahh. Haha

    ReplyDelete
  2. Anti Syiah Sabaa Yahud YamanilFebruary 21, 2016 at 9:53 AM

    Syiah dan taqiyah berpisah tiada.. kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Zamihan sembang kencang. Mcm olamak pas chai spt hadi haron titm nik amar nik bedoh tontovi din ayam dll. Bila debat penakot reka alasan tk hadir. Ulamak dulu minta doa nk mati syahid. Dia pulak takot mati. Awat ko nk tongkat dunia ker??

    ReplyDelete
  4. Wahabi bermusuhan dgn syiah,, wahabi hapuskan tinggalan sejarah islam dgn robohkan kubah di tanah perkuburan sahabat dgn berselindung alasan syirik. Syiah pulak puja keluarga nabi saw sehingga keluarga nabi maksum dan melebihi taraf nabi2 dan malaikat. Bergaduh la,,tapi jgn libatkan kami ahlussunnah wal jamaah.

    ReplyDelete

  5. "Syiah pulak puja keluarga nabi saw sehingga keluarga nabi maksum dan melebihi taraf nabi2 dan malaikat. Bergaduh la,,tapi jgn libatkan kami ahlussunnah wal jamaah."
    hati2 dgn jarum syiah.
    celaka syiah anon 4:35!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa