Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 20, 2016

Pembodekan tahap klasik!

Saturday, 20 February 2016
KAHKAHKAH BUAT SALLEH SAID KERUAK
Dalam usaha membela dan mempertahankan Najib Razak berhubung kenyataan terbaru Pengarang Kewangan The Wall Street Journal, Ken Brown bahawa wang RM2,600 juta itu bukan datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya berpunca daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB, Salleh Said Keruak menyifatkannya sebagai suatu tuduhan melulu.

Katanya, Peguam Negara, Apandi Ali sudah menyatakan dana itu sumbangan peribadi keluarga Diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang tersebut.

"Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM dengan memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya.

"Peguam Negara dengan jelas menyatakan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan. Maka, beliau bebas daripada sebarang tuduhan," katanya Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kahkahkah...suatu jawapan pembodekan tahap klasik apabila Salleh mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM serta sudah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah oleh Peguam Negara.

Tiadakah hujah lain yang di luar "kepompong Kota Belud" untuk menyanggah kenyataan Ken Brown itu?

Bukankah seluruh dunia tahu bahawa sebelum menyerahkan dirinya untuk disiasat, Najib sudah pun membuang Gani Patail sebagai Peguam Negara dan menggantikan dengan calon pilihannya sendiri, iaitu Apandi Ali?

Apakah itu yang Salleh banggakan kononnya Najib sudah menyerahkan dirinya  "bulat-bulat" untuk disiasat?

Sekali lagi...kahkahkah buat Salleh yang tidak pernah jemu-jemu membodek dan mempertahankan Najib seolah-olah beliau hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada seorang individu sahaja dan bukan kepada 30 juta rakyat Malaysia. (SH 20/02/2016) - sumber

7 comments:

  1. Bro. Syarat nk jadi menteri bn najib mesti ada 5b. Bodek bangang bodohh bahalol badut. Tu pasal muhyiding shafie n mukhriz terpelanting. Mad bashah layak mb kedah. Kehkeh

    ReplyDelete
  2. Sokong buta buta je ke anak keduak? Mat selan jawa ngan anak samad dah merasa sejuta.. kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. Ingat rakyat bodoh ke?... Budak tingkatan 3 pun tahu menilai game kes IMDB dan SRC. Tolonglah ....jangan bawa stail politik lama yang menganggap rakyat bodoh dan mesti mengiakan apa yang dikata.Tolonglah...

    ReplyDelete
  4. salih kruak adun saja.najib pilih jd mnteri
    sbb kuat ampu.tugas mnteri pun x buat.
    hari2 fikir bodek najib

    ReplyDelete
  5. Korang semua lebih percaya WSJ drpd Pegram negara sendiri ke?,,

    ReplyDelete
  6. Peguam negara dilantik najib. Jadi tugasnye mesti mau jaga najib. Mudah jer. Kahkah

    ReplyDelete
  7. Kalau nak membodek tu agak2 ler,.jangan sampai mebodohkan diri sendiri, apa ler standard menteri macam ni,. ???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa