Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 20, 2016

'Apa dah jadi?'

Tangguh ambil pekerja Bangladesh: 'Apa dah jadi?' - Rafidah Aziz
Tangguh ambil pekerja Bangladesh: 'Apa dah jadi?' - Rafidah Aziz
RAFIDAH: Adalah penting membuat kajian secara menyeluruh tentang satu-satu cadangan yang dikemukakan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz melahirkan rasa tidak faham dengan keputusankerajaan hari ini yang mengumumkan untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing, termasuk dari Bangladesh.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, Rafidah berkata, seharusnya setiap cadangan dan dasar yang diutarakan, dibincangkan dan diperhalusi dari segenap aspek terlebih dahulu, sebelum diumumkan kepada rakyat.

Beliau menekankan kepentingan membuat kajian secara menyeluruh tentang satu-satu cadangan yang dikemukakan, selain mengambil kira pendapat segenap lapisan rakyat.

"Contohnya, kesan ekonomi, sosial dan sekuriti dan lain-lain implikasi langsung dan tidak langsung perlu difikirkan terlebih dahulu," tulisnya.

Tambah Rafidah, apa yang terjadi kini boleh membuatkan rakyat keliru, sekaligus memberikan imej yang kurang baik terhadap kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tengah hari tadi mengumumkan penangguhan tersebut sehinggalah terdapatnya keperluan untuk mendapatkan pekerja asing.

Penangguhan itu juga membolehkan kerajaan mengkaji pelbagai perkara terutama melibatkan pembayaran levi dua tahap.
Pengambilan pekerja Bangladesh itu adalah untuk memenuhi keperluan industri dalam beberapa sektor.
gambar yang letak. dapat dari fb bini aku

2 comments:

  1. Buat kerja separuh masak,.tanpa perancangan rapi,.dengan ego membangga diri menafikan rayuan dikhalayak yg ramai,.sudah nya senang saja membuat keputusan sendiri,. Darjat seorang Menteri murahan bagaikan Lalang yg hidup tanpa pegangan,.dimanakah maruah Negara yang ditunjangi daripada mereka yang bebal dan tandus,. Doa Rakyat mereka semuanya ini misti dihapuskan,.bagi mencari perubahan yang sempurna Untuk negara Dan Rakyat ,.semuga kuasa Rakyat akan mengubah segala galanya,.

    ReplyDelete
  2. Msia ditadbir oleh pm dan menteri drp golongan 5b. Yakni bodohh bangang badot bahaloll bodekk. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa