Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 23, 2016

Kalau fitnah kenapa siku dan lutut tak saman Zairil?

Tuesday, February 23, 2016
Pemimpin PAS Tonton Filem Lucah? Ini Jawabnya.. Bongkar Banyak Lagi.
Siapa Zairil Khir Johari yang berjawatan Penolong Setiausaha Publisiti DAP pusat mahu memfitnah Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, soal facebooker pro PAS, Roslan Abdullah.
Ia merujuk kepada cubaan terbaharu DAP melalui Zairil yang memfitnah Nasruddin dengan menuduh Ketua Penerangan PAS itu menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.
“Dalam kes porn yang difitnahkan kepada Ketua Penerangan PAS pusat, Zaril Khir Johari dipergunakan oleh DAP untuk merekayasa cerita yang mengaitkan porno dengan PAS dan kepimpinan PAS.
“Sebaliknya, Allah swt telah memaparkan kejelikan Ahli Parlimen DAP (Zairil) itu yang telahpun beristeri tetapi bermain kayu tiga dengan perempuan lain yang menunjukan sebenarnya si penuduh Zairil Khir Johari adalah akhlaknya adalah telah rosak yang ceritanya tidak boleh diterima pakai,” dedahnya sambil melampirkan gambar-gambar Zairil bersama Dyana Sofya Mohd Daud (di bawah) yang menjadi viral pada tahun lepas
zairil
Roslan Abdullah membangkitkan semula isu Zairil dan Dyana sebagai membalas tuduhan terhadap Nasruddin menonton filem lucah di Jerman sejak akhir bulan lalu.
Walau bagaimanapun, tuduhan terhadap Nasruddin hanya bersifat ‘hearsay’ semata-mata berdasarkan sumber Zairil tanpa sebagai bukti sokongan yang kukuh.
Menjawab isu berkenaan, Nasrudin menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.
“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.
“Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.
“Tegasnya saya enggan melayan permainan ‘pihak tertentu’ ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Zairil yang dijadikan sandaran bukti itu merupakan tokoh kontroversi sejak tiga tahun lepas terutamanya berkaitan dengan biologi keturunan.

Tunku_Aziz_NST
Tunku Abdul Aziz Ibrahim
“Zairil Abdullah adalah bukan Melayu. Kedua-dua ibu bapa (biologi) adalah Cina,”kata Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menambah beliau mengenali Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, yang mengambil Zairil sebagai anak angkat.
Tunku Abdul Aziz berkata demikian untuk mengukuhkan hujahnya bahawa tiada seorang pun wakil Melayu dipilih (bukan dilantik) perwakilan DAP dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi parti itu pada 2012.
Walaupun Zairil kemudian ‘dimenangkan’ kononnya selepas ‘memperbaiki kesilapan teknikal’, namun Tunku Abdul Aziz tetap menganggap Zairil bukan mewakili Melayu dalam parti tersebut.
zairil-khir
“Nama sebenar Zairil adalah Christopher Howard Lim. Lahir di Hawaii, USA. Bapanya bernama Howard Lim, seorang rakyat Singapura. Ibunya juga warga Singapura bernama Christine Lim. Tarikh daftar nama Christopher Howard Lim kepada Zairil adalah pada 21 April 1997 dan pindaan dibuat pada 23 Jun tahun yang sama.
“Zairil atau Christopher adalah anak Howard Lim dengan Christine Lim. Bila Howard dan Christine bercerai, Khir Johari kahwin dengan Christine pada Februari 1996. Christine dan anaknya, Christopher masuk Islam. Christine tukar nama kepada Rose Christine Abdullah, anaknya pula dari Christopher kepada Zairil,” dedah blog Santau Berapi.
Pada tahun 2013, salah seorang anak kandung Khir Johari, Roselina Khir pernah menghantar komen kepada AIDC menasihati Zairil berdiri atas kaki sendiri dan bukannya menumpang populariti arwah Khir dalam membina karier politiknya.
“Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya.
Allahyarham Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
“Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” katanya lagi. (AIDCNews – 22/2/16) - via Ibnu Hasyim

4 comments:

  1. inilah agama islam baru yang diperjuangkan oleh pas. . seperti umno sudah. lengkaplah ajaran umno memfitnah pelapor. bukan yang dilapor disiasat

    ReplyDelete
  2. kalau fitnah dilawan dengan fitnah.....maka kedua-dua pihak TIDAK memilik akhlak yang baik.................!!!!

    ReplyDelete
  3. Patut saman si Zairil tu kerana t3ngok PPV ini amat menjatuhkan maruah seorang ulamak. Ni sampai pi serang peribadi si Zairil tu apa pasal....ulamak xbertindak demikian. Saman je si Zairil tu kalau xbetoi.

    Kang si Zairil bawa bil yang ada bayar PPV lebai kang te4bungkam nanti...tu lasai xmau saman ekk..

    ReplyDelete
  4. Ngapa persoalkan keturunan Zairil, padahal soal pokoknya ialah ulamak TONTON video lucah tp tknk bayar.
    Kalau tk tonton, ulamak siku lutut nafi je laa. Kalau tonton, ngaku je laaa, habis cerita kan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa