Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 19, 2016

Pulak!!!: Derma RM2.6 bilion Najib bukan dari Arab Saudi, lapor WSJ……

Derma RM2.6 bilion Najib bukan dari Arab Saudi, lapor WSJ……Alahai Peguam Negara dan @NajibRazak saman segera WSJ! atau Letak Jawatan!
FEBRUARY 18, 2016

Derma RM2.6 bilion Najib bukan dari Arab Saudi, lapor WSJ (TMI)
Published: 18 February 2016 8:39 PM
Pengarang kewangan WSJ kini menyangkal RM2.6 bilion yang dipunyai perdana menteri datang daripada Arab Saudi, dan kini kredibiliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali dikompromi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.

Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

“Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan,” katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.

Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.

Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.

Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

“Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.

“Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya,” katanya.

Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.

“Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya,” katanya. – 18 Februari, 2016. - sumber

8 comments:

  1. Aku cadang ka si AG ni di buang. Mmg tak layak jd AG.
    Kalau blh di dakwa si AF ni kerana tidak bersikap jujur dlm menjalankan tugas

    ReplyDelete
  2. Kes pembunuhan Jean Parrera di awal 1980an dulu pun, undang-undang telah dimanipulasikan. Karthigesu yang didakwa dengan tuduhan membunuh isterinya itu, telah diselamatkan oleh kambing hitam bernama Jayatilake kerana menjadi saksi yang bercakap berdolak dalik di mahkamah. Maka itu, Karthigesu dibebaskan oleh mahkamah manakala Jayatilake dihukum penjara beberapa tahun kerana memberikan kesaksian palsu.

    Berbalik kepada kes 'wang derma RM2.6b' itu, disebabkan kes tidak dibawa ke mahkamah, maka akan terlepaslah kedua-dua penyamun dan malaun tersebut. Sebab itulah kertas penyiasatan dibakulsampahkan sahaja. Amat jelas, sistem perundangan diperkotak-katikkan oleh musang berjanggut Umno. Aku gerenti, Wan Rosli pun tidak mampu memberikan komen seperti ini!

    ReplyDelete
  3. Pak arab dah mengaku macaman Brown pulak kata tidak. Kah Kah Kah.. Brown pulak guna WSJ.. Kelakar siot

    ReplyDelete
  4. Anon 1:47 Ini cadangan ke angan-angan? Dah terang2 skrg ni yg pegang kuasa Najib lakibini. Yg lantik AG pun Najib lakibini. Selagi Najib lakibini berkuasa, jgn mimpilah tindakan dpt dambil kat AG atau menteri2 belaan Najib. Mereka2 ni semua dilantik Najib bukan sbab kelayakan tapi mereka2 semua ni terang2an memang tak layak tapi dilantik utk melindungi semua kerakusan dan kegiatan rompakan Najib lakibini. Tindakan boleh diambil jika BN dah tak berkausa lagi. Maknanya kerajaan kena tukar.

    ReplyDelete
  5. Tengok muka AG ni pun macam muka p*k!m@k..!!!

    ReplyDelete
  6. betul betul..setuju 100% tangkap je

    ReplyDelete
  7. megat panjialam

    Betul.....isu ni menjadi lebih berserabut. Mamang Najib mesti saman WSJ barulah kebenaran sebenar akan terungkap

    ReplyDelete
  8. Anon 2:15 AM

    Ya saya masih ingat Jayatilake kena 10 tahun dan Karthigesu terlepas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa