Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 18, 2016

Rupanya Zamihan terkena sindrom PAS!

'Bukan saya yang cabar Zamihan'
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
17 FEBRUARI 2016
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau yang memulakan sesi cabar-mencabar dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin agar debat antara kedua-duanya diadakan.

Sebaliknya, Mohd Asri berkata, beliau hanya menyahut cabaran untuk berdebat setelah berdepan tuduhan kafir oleh Zamihan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Wacana Dr Asri, Zamihan dibatalkan]

"Saya pernah dicabar berdebat dua kali dengan Astora Jabat sebelum ini. Saya beri kredit kepada Astora kerana dia hadir dalam dua siri debat di Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Sekarang apabila saya dicabar bertalu-talu, saya tak mahu sebab saya pun dah masuk umur 40-an, saya malas nak berdebat.

"Tapi bila nampak orang mengkafirkan saya, susah juga saya nak buat keputusan. Namun, bukan seperti yang dilaporkan secara meluas di media... saya tak cabar (Zamihan)," katanya dalam diskusi ilmiah bertajuk ‘Ekstremisme Agama di Malaysia’ anjuran Sinar Harian, di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Mohd Asri turut menafikan beliau terlibat dalam pertukaran Zamihan dari Kementerian Dalam Negeri ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya tak terlibat, siapalah saya dari sebuah negeri yang kecil untuk terlibat. Ini semua ketentuan Tuhan.

"Dalam Facebook ada yang tuduh saya terlibat.  Kalau saya mampu buat begitu, baik saya jadi perdana menteri," katanya

6 comments:

  1. Alhamdulillah. Terbaik drp alfadhil dr. Asri. Iktibar utk zamihan. Molek minta maaf drp dr. Asri.

    ReplyDelete
  2. Kalau jenis ulama seperti Zamihan memimpin AWSAJ alamatnya sesatlah semua jemaah yang berpautkan pada mazhab shafie na'uzubillah jadi eloklah zamihan ini ditukarkan kejakim untuk bentuk balik 'aqidah dia dan bawa bertaubat supay tidak terlebih telajak sesatnya itu.Sepatutnya ulama sama ulama bermuzakarah bagi memantapakn lagi cendikiawan ulama bukannya bercakaran untuk menegakkan benang basah masing-masing ,apa akan berlaku jika ulama berselisih pendapat tapi tidak mahu bersemuka untuk merungkaikan kemusykilan yang dijejakan,eloklah ulama seperti ni dilebelkan ulama suk yang hanya menjual agama untuk kepentingan diri bukan untuk jemaah.

    ReplyDelete
  3. zamehang tok lebai mercong tuang presideng Aswaja, kalu mung rase hebat sangat mari lah ke teganu, boleh candak sotong kat marang bersama dengang tuang presideng, atau mari seberang takir gi ke laut tangkap ikang bersama dengan altakiri.

    Pok Mang

    ReplyDelete
  4. amiin Dr MAZA

    umat mendoakan dr jadi perdana menteri

    yg ade sekarang ni huru hara la rakyat dibuatnya

    ReplyDelete
  5. suke bace komeng drp pok mang, huh... amek mung sutir!

    ReplyDelete
  6. Fuyyo. Terbaik drp pak mang Ganu. Mana olamak chai dan wala unta?? Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa