Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 23, 2016

Haduii......apa nak jadi daa.....

HSR: Pelabur S’pura, China ‘rebut’ tanah orang Melayu

 | February 22, 2016
MIEA sahkan pelabur Singapura dan China sudah mengintai tanah di sepanjang jajaran HSR untuk tujuan pelaburan.

COMMENT
HSRNampaknya projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) benar-benar menyuntik nafsu tamak dalam kalangan manusia rakus atau puak kapitalis yang menggunakan istilah pelabur.
Seperti yang dijangka dalam artikel kita bertajuk ‘HSR ancam tanah orang Melayu’ pada 3 Feb lalu, memang tanah di sepanjang jajaran HSR di Kuala Lumpur, Melaka, Muar dan Batu Pahat menjadi sasaran pelabur hartanah tamak untung ini.
Memetik laporan Nanyang Siang Pau hari ini, Presiden Institut Ejen-ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Erick Kho berkata, pelabur dari negara seberang tambak dan China sudah mengintai tanah di sepanjang jajaran HSR untuk dijadikan modal bagi menjana keuntungan.
Katanya, projek HSR akan menjadi pemangkin aktiviti pelaburan hartanah dan perkara itu dibantu oleh kejatuhan nilai ringgit yang menjadikan nilai hartanah sepanjang jajaran HSR lebih murah untuk diperoleh.
Ingin kita sampaikan pesanan dan juga amaran kepada pelabur ini, sama ada dari Singapura atau China. Jangan sesekali sentuh tanah orang kampung terutama Melayu di sepanjang jajaran HSR ini. Hentikan sikap tamak tidak tentu hala.
Pembesar Memerintah di Negeri Sembilan iaitu Undang Rembau dan Timbalan Undang Johol sudah pun memberi amaran bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh negeri untuk membatalkan transaksi tanah jika ia membabitkan tanah orang Melayu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar juga pernah bertitah dengan mesej hampir serupa iaitu meminta lebih banyak kajian dilakukan berhubung impak projek HSR selain mahu pengambilan tanah diminima untuk projek itu.
Kerajaan negeri yang terbabit diminta menyemak enakmen tanah serta dasar pembangunan dan perancangan desa dan kampung supaya tanah milik Melayu, kampung dan desa di sepanjang jajaran HSR tidak tergugat.
Biar kampung dan desa di sepanjang jajaran HSR itu kekal tidak terusik. Kita tidak menolak pembangunan tetapi kita tidak mahu pembangunan rakus tak tentu hala yang merosakkan nilai orang kampung.
Lagi kita tak suka ia kalau berpunca daripada pelabur tamak dari negara luar. Kita rasa seolah-olah dijajah. Kenapa pula tanah kita yang diteroka nenek moyang kita kena serah kepada orang luar? Sekali pun ditabur duit, orang negara luar tiada hak atas tanah kita ini.
Kita merayu kepada pihak berkuasa di negeri yang terbabit, cubalah buat sesuatu supaya dapat halang pelabur daripada Singapura, China atau mana-mana negara luar lain kacau tanah orang kampung terutama Melayu di sepanjang jajaran HSR.
Rangkalah dasar hartanah, perancangan dan pembangunan untuk pastikan penempatan, desa, kampung, dusun dan kebun orang kampung ini tidak diusik oleh limpahan pembangunan rakus aktiviti pelaburan hartanah yang berpunca daripada HSR ini.

4 comments:

  1. silap langkah habis tanah bertukar tuan
    ini macam banyak bahaya atas nama pelaburan
    banyak yang dah jadi lebur

    ReplyDelete
  2. Eluk la tu.....yg pas sibuk jadi tua pekong akhir2 ini......his his his. Nak tarik ape tu....pelabur ke jin.

    ReplyDelete
  3. Setelah pemilikan tanah tergadai kepada warga luar, maka akan bertambah syahdulah lagu bumi dipijak milik orang. Bangla pun sedang mengintai juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapalah yg menyebabkan bumi dipijak milik orang?
      umno jawab: DAP
      dan.... PAS mengangguk!!!

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa