Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 26, 2016

Isy.......macam-macam......

THURSDAY, FEBRUARY 25, 2016 
Ini semua dedak punya pasal! 

Bukan kepalang marahnya bila ada fesbuker edit gambar pak Menteri Komidi ......

"Meletakkan mukanya pada gambar anjing, sangat biadap. Haiwan itu haram kepada orang Islam. Ia satu penghinaan.

"Ia juga satu cabaran terhadap kepimpinan beliau, terhadap orang Melayu, kerajaan dan Umno. Ia menghasut kebencian terhadap pemimpin, parti dan pentadbiran.

Berombongan pula buat repot polis satu Malaysia ! Kah! Kah! Kah! - Baca  di sini

Gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz kata kepada Tan Sri Rafidah Aziz dengan kata-kata terbaiknya, “Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara. “Dia nak menyalak pun lantaklah....”  

Apakah gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz katakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tindakan Muhyiddin ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’??

“Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam anjing yang duduk gigit kaki kita susah lah,” katanya di sini

Beginilah nasib bekas pemimpin-pemimpin umno yang sudah tidak ada kuasa lagi. Apabila mereka sudah kehabisan dedak untuk diberikan kepada para pengampu yang selama ini diupah dengan dedak...  

Kalaulah Muhyiddin Yassin itu masih lagi Timbalan PM, beranikah Nazri tu nak kata macam itu kepadanya?  

Kalau Muhyiddin masih lagi PM, Nazri buat dia macam tu, sudah tentu Ali Tinju dan Rani Kulup berhambat ke balai polis untuk nak dapat dedak masing-masing!

 Apakah seorang pemimpin Melayu seperti Nazri Aziz itu dikira 'tidak mengapa' bila menyelar dan mengutuk orang lain sebagai anjing?    

Bila Shafie Apdal suruh dia minta maaf kepada Muhyiddin, dia tengking pula Shafie Apdal dan menafikan dia gelar Muhyiddin anjing.

"Dia (Shafie) harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh," kata Nazri.

Nazri kata, " Tapi kalau Muhyiddin bersikap macam anjing duk gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah...!" 

Cer korang dengar rakaman berikut :


- CNP dari sini

# pada aku menghina dengan gambar yang diedit atau dengan perkataan tetap salah dan tidak bermoral. Kalau dia seorang menteri lagilah tidak beradab lebih-lebih lagi terhadap rakan dan orang yang di atasnya sendiri

2 comments:

  1. Jilat bro jgn tak jilat..ini lah satu2nya kualiti menteri2 melayu islam kita yg x da kat tempat lain

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa