Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 26, 2016

Benarkah 'akar' dan 'umbi' sokong Muhiddin digantung?

Akar umbi UMNO sokong Muhyiddin digantung

 | February 25, 2016
Sebagai orang nombor dua dalam parti Muhyiddin sepatutnya membantu Presiden bukannya menjatuhkan beliau.
VIDEO INSIDE
Muhyiddin UMNo
PETALING JAYA: Pemimpin akar umbi UMNO yang ditemui bersetuju Timbalan Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu digantung sebagai jawapan kepada kelantangan beliau mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.
Naib Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Bahtiar Adnan berkata, Muhyiddin patut meletak jawatan secara terhormat tanpa memaksa Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan berat memecat beliau.
“Selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas sepatutnya mereka bersatu tidak timbul isu lagi. Apabila Datuk Najib dah hulur tangan, semua sepatutnya bersatu,” katanya ketika ditemui FMT.
“Tetapi apabila orang nombor dua nampak tidak bersungguh payah nak teruskan agenda parti sebab cabaran yang kita hadapi ketika ini bukan boleh buat main-main.”
Bagi Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim pula, beliau melahirkan rasa kecewa akan tindakan Muhyiddin menyerang Najib bertubi-tubi.
“Sepatutnya dia kena bersama Presiden, kenapa hari ini cerita macam-macam pula, dulu boleh duduk satu meja, tetapi hari ini kenapa ada perbalahan? Sepatutnya tidak berlaku kerana tugas kita adalah bekerja untuk rakyat,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Khairuddin Yaakob pula menyokong sekiranya Muhyiddin digantung atau dipecat kerana Timbalan Presiden itu tidak lagi mampu memberi sumbangan kepada parti.
Malahan juga, di matanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan individu yang paling layak menduduki kerusi nombor dua parti itu ketika ini.
Namun Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Abdul Razak pula berpandangan Muhyiddin perlu diberi peluang kedua.
“Saya setuju kalau Muhyiddin digantung tetapi kalau dipecat saya tidak setuju, kalau dia kena pecat saya ingat terlalu kasar mungkin dia akan insaf.
“Memang saya kecewa kerana dia (Muhyiddin) telah merosakkan badan UMNO, kalau dia sayangkan UMNO jangan bersuara lagi di khalayak ramai,” katanya.
Bagi Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Anuar Mohd Yunus berkata tindakan Muhyiddin itu sebenarnya menambahkan lagi kemarahan rakyat dibawah terhadap dirinya.
Apapun, bagi ADUN Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob, tindakan Muhyiddin tidak menjejaskan sokong rakyat kepada UMNO, kerana hujah yang dibawa beliau tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.

1 comment:

  1. apa sembang bukti hanya lombuno saja tak paham apa itu bukti
    hapak betoi puak ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa