Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 20, 2016

Azmin - Chegubard: Bila nak selesai?

Azmin hanya jaga `kartel’ – pemimpin PKR

 | February 19, 2016
Langkah Azmin yang membenarkan pembaziran dalam projek ubah suai pintu gerbang dan juga penukaran kubah masjid merupakan tindakan melampau
Chegubard,_Azmin-Ali_600
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan tidak mampu menjadi pemimpin kepada semua kelompok dan ahli di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini kerana menurut Setiausaha Cabang PKR Kelana Jaya, Murali Subramaniam yang mendakwa, Azmin hanya menumpukan `kartelnya’ semata-mata.
“Azmin tidak mampu untuk menjadi pemimpin kepada semua kelompok dalam parti. Dia hanya menumpukan kartelnya semata-mata dan ini sangat tidak baik untuk parti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Murali, tindakan penyokong Azmin yang mendesak agar Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard dipecat keahlian dari parti juga suatu tindakan yang tidak wajar.
“Saya juga mengecam kenyataan pihak yang mahu mengambil tindak
an ke atas Chegubard dan sesiapa sahaja hanya kerana mengkritik Azmin Ali,” tegasnya.
Bagi Murali, sekiranya Chegubard dipecat hanya kerana mahu mendapatkan penjelasan daripada Azmin, ia akan memperlihatkan PKR lebih teruk di mata masyarakat.
“Jika tindakan diambil, maka kita akan dilihat lebih teruk dari UMNO dan BN. Hal ini kerana, kritikan terbuka kepada mana-mana pimpinan bukannya suatu kesalahan pada ahli,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Murali turut beranggapan bahawa tindakan Azmin yang membenarkan pembaziran dalam projek ubah suai pintu gerbang dan juga penukaran kubah masjid sebagai tindakan melampau.
“Kita tidak menghalang pembangunan masjid, tetapi kenapa jumlah perbelanjaannya sebegitu tinggi di satu masjid, tidakkan menteri besar tahu yang ribuan lagi umat Islam di Selangor sedang menanti masjid yang sempurna di kawasan mereka,” ujarnya.
Chegubard sebelum ini mempersoalkan tindakan Azmin yang meluluskan projek ubah suai ringan (facelift) pentu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan belanja sebanyak RM9.7 juta dan RM65.7 juta bagi menukar kubah masjid negeri.

2 comments:

  1. Molek chegu Bard masuk PAN. Pkr mcm tk peduli dia. Azmin pulak utamakan kroni. Inilah persepsi rakyat. Amacam chegu? Bila nk join abg mat sabu n ust. Ahmad awang???

    ReplyDelete
  2. Azmin lahir drp telor umno. Jd dia ikut acuan umno. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa