Muhyiddin digantung jawatan timbalan presiden UMNO
Oleh Rohaniza Idris; Mohd Azrone Sarabatin; Nazura Ngah; Petah Wazzan Iskandar dan Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my
MUHYIDDIN digantung jawatan timbalan presiden UMNO, berkuatkuasa serta-merta hingga pemilihan parti akan datang. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Mengumumkan perkara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan itu diambil selepas mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun katanya, jawatan lain Muhyiddin dalam parti masih kekal.
"Keputusan itu diambil selepas MT berpuas hati Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi.
Tengku Adnan berkata, MT membuat keputusan itu tanpa kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO hari ini walaupun mendapat jemputan.
- BH
kira harta la....pastu jaga cucu....apa dia berani buat lagi....
ReplyDeletebila lawan gagal jalankan tugas cerita lama jugak
ReplyDeletehapak jugak baunya
Tak bolehlah anak dia naik helicopter kerajaan lagi, Kalau tak orang melayu cakap biarlah bapa diaTPM
ReplyDelete