Saturday, 20 February 2016
"DENGAR BOLEH, PERCAYA NANTI DULU"
Daripada beberapa komen dalam blog ini, berbual dengan rakan-rakan dan luahan yang didapati di media sosial, ternyata banyak sekali keraguan berhubung pembekuan pengambilan pekerja asing sebagaimana yang diumumkan oleh Ahmad Zahid Hamidi, semalam.
Kesimpulan yang boleh diambil daripada semua suara-suara itu ialah, "dengar bolehlah, nak percaya nanti dulu."
Ramai yang tanpa ragu-ragu menyatakan penangguhan itu sebenarnya tiada kaitan sama sekali dengan sebarang kajian mengenai keperluan pekerja asing, sebaliknya hanya untuk "menanti kabus berlalu pergi" sahaja.
Paling-paling dua tiga bulan selepas ini, kata mereka, akan keluarlah semula kenyataan kononnya banyak industri kekurangan pekerja dan belia kita masih tidak minat merebutnya. Walhal, tiada usaha pun yang dibuat untuk menggalak dan merangsang golongan belia dan anak muda tempatan mengambil alih ruang pekerjaan itu.
Jika ada yang rajin, simpanlah keratan kenyataan atau rakaman video Zahid sejak beberapa hari yang lalu dan cuba bandingkan dengan apa yang bakal dikatanya dua atau tiga bulan akan datang nanti.
Secara umumnya, beberapa aspek yang menimbulkan keraguan rakyat berhubung pengumuman Zahid itu, antaranya:-
- Pengumuman penangguhan itu diumumkan oleh Zahid di Sarawak di ketika beliau dalam rangka lawatan bertemu rakyat yang ada kaitan dengan tarikh pilihanraya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Maka, sudah tentu keputusan menangguhkan itu tidak lari daripada keinginan untuk menunjukkan bahawa kerajaan yang ada begitu prihatin dalam menjaga kepentingan rakyat.
Selepas pilihanraya, lebih-lebih lagi jika menang selesa, nadanya boleh jadi berbeza. Tempoh untuk berubah nada itu juga mungkin tidaklah terlalu lama daripada tarikh pembekuan itu diumumkan.
- Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh ini mempunyai persamaan dengan arahan menjual tanah TRX milik Tabung Haji tidak lama dulu.
Apabila isu 1MDB sudah agak reda, Tabung Haji tiba-tiba membuat keputusan untuk terus mengekalkan pemilikan tanah itu, walaupun sebelumnya mengatakan penjualan itu kerana tidak mahu agensi yang terlibat dalan urusan ibadah umat Islam turut terkait dalam kemelut untuk menyelamatkan syarikat pelaburan sarat hutang itu.
- Memorandum persefahaman membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh itu baru saja ditandatangani di Dhaka iaitu sehari sebelum Zahid mengumumkan pembekuannya dan mustahil perjanjian yang boleh menjana keuntungan dari segi kewangan dan sokongan politik itu mahu ditangguhkan lama-lama.
Akhirnya, semua akan kembali kepada "wal hasil balik asal" dan itulah stail bagaimana negara kita ditadbir sebenarnya. (SH 20/02/2016). - sumber
hakikatnya rakyat Malaysia agak be bal, mereka agak bebal untuk mengerti bahawa bila dah sign perjanjian bukan senang nak tarik balik,kebebalan ini adalah lumrah bila puluhan tahun , rakyat beri undi secara bebal kepada kerajaan yg membebalkan mereka hingga mereka bebal....
ReplyDeletegampang punya memteri...
ReplyDeletekompom.nk jadi orang berkuasa kena pandai belit.tak reti belit.bukan menteri la
ReplyDeletePak2 menteri Malaysia ni semuanya bijak belaka,.bukan bijak dalam ketelusan mentadbir negara,.bijak berlakon untuk kepentingan diri sendiri reality nya demi wang Dan kekayaan,.semuanya telah kelabu mata,. Yang Halal di haramkan, dan yang Haram telah diHalalkan,.beban yang ditanggung keatas Rakyat tidak ada kesudahanya,. Hanya, kuburkan puak2 ini dan digantikan yang baru yang lebih berkemampuan,. Ayuhh tukar, tukar, Dan tukar,....
ReplyDeleteBagan datok ramai jawa
ReplyDeleteDitambah pula org bangla
Buat apa gundh gulana
Pngkh lg kati lama
Matahari di bagan datuk
ReplyDeleteAnak menteri dapat datuk.
Ternganga rakyat Malaysia
Peluang kerja disapu bangla.
Sapu sampah penyapu lidi
ReplyDeleteArsenal menang lawan bola
Sayang benar anak zahid komedi
Nanti kawin la denhan abang bangla