Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 13, 2016

Ini jer ke standard Harun Din?

Kenapa pula Husam yang bising?
Lantak dialah. Dah tuan empunya badan terima dan PAS pula bangga dengannya!

Lantik Haron Din jadi ketua kluster satu penghinaan, kata Husam
mk - Published: 13 February 2016 7:54 AM
Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam dianggap penghinaan kepada parti Islam itu kerana beliau perlu duduk di bawah presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016.

Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa.

"Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno.

"Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.

Haron antara ketua kluster yang dilantik timbalan perdana menteri dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat 11 Februari lepas.

Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan pada masa depan.

Selain Haron, 6 lagi dilantik mengetuai kluster lain iaitu Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan),  Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang),  Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik).

Dalam pada itu, Husam bertegas Datuk Takiyudin Hassan perlu melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PAS yang membuat tindakan persendirian dengan membelakangkan parti dalam isu Akta 355.

Katanya, Takiyudin membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda akta itu tanpa merujuk kepada parti.

Menurut Husam, beliau mendapat tahu Takiyudin bertindak demikian selepas berjumpa dengan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ambo suruh Datuk Taki letak jawatan sungguh, bukan bergurau," kata Husam dalam ceramah bagi menjawab kenyataan beliau hanya bergurau sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama antara pusat dengan Kelantan membuat keputusan pindaan kepada Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dilaksanakan perlu dibawa ke Parlimen oleh kerajaan pusat bukannya presiden PAS.

"Tetapi selepas jumpa dengan wakil jabatan perdana menteri, Datuk Taki gi nasihat presiden agar bawa usul itu tanpa merujuk kepada parti.

"Akibatnya, sampai sekarang ia tidak boleh dibahaskan apatah lagi lulus," kata Husam.

Ekoran tindakan memfailkan rang undang-undang persendirian itu, pemimpin PAS menerima malu termasuk tuduhan ditipu Umno dan Pakatan Rakyat berpecah akibat isu hudud. – 13 Februari, 2016.

12 comments:




  1. Begitulah naseb PENGEMIS pemakan DEDAK

    Dapat DEDAK dan telan DEDAK dah dikira mulia...Takbir!

    Macam ularSemak diumpan dan membelit bangkai ayam

    ReplyDelete
  2. Munok ghoyak gapo lagi demo-demo semo tu dah disuak denge pitih tu loh jadinyo top presedeng pung gilo pitih apo lagi tok mursyidon mu menyalak lo soreh-soreh tok kemano pong .

    ReplyDelete
  3. Ok la tu abe
    Pah sorang2 dpt lantikan ketua itu dan ini.
    Bile tanye nak joint umngok geleng2 kepala..bersilat lidah bkn main lg.
    Siap guna istilah arab lg utk make up kasi islamic sgt2 la kunun..tahalluf siyasi laa...ta'awwun hape laa...fastaqim laaa...sebijik mcm najib dgn sgla mcm mak nenek slogan akronim pelik2.

    Nasha dah dpt...dinggg memang lama dah melekat tahap melekit kat perangsang...skrg almursyidul 'aam la plak.at takiri n dato'jadian zawawi bile plak..rugi ar tak merasa...

    ReplyDelete
  4. Macamana pas nak lawan umno?
    Pembesar2 pas ramai dibawah lantikan umno?
    Inilah barua dan broka..
    Nasha sibuk duk kira pitih..pasni.harung ding pulak kira pitih
    Satu untuk kau,dua untuk aku..
    Tuang penasihat takkan la tak dapat komisen?penat2 jadi broka?
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Bila lagi PAS nak ishtihar perang habis-habisan kat UMNO, wahai Nik Amar? Bila lagi? Dulu berdegar2 dan berkobar2 bersumpah nak perang UMNO kalau UMNO mungkir janji pasal akta 355 tak dibentang dalam tahun 2015. Sekarang ni dah nak masuk pertengahan Februari 2016, akta 355 tah kemana atau mungkin dah jadi "buku tiga lima (555) buat tulis hutang kedai runcit" dan perishtiharan perang pun dah jadi perishtiharan PAS parti bangang yang suka kena tipu pastu masih lagi sanggup dengar janji orang yang dah tipu mereka. Pastu masih lagi mendabik dada kononnya PAS dah berusaha tapi Allah yang tak izinkan hudud dilaksana.

    Sebijik macam perangai sipemalas yang malas nak berusaha asyik dok berdoa mengharapkan hujan emas turun dari langit tanpa perlu keluar peluh bekerja. Bila hujan emas tak turun2 maka kuarlah sabda bahawa Allah belum lagi izinkan hujan emas turun tapi banjir emas yang dok landa Kelantan. Ni le golongan2 yang beranggapan bahawa mereka adalah yang paling layak jadi pemimpin tapi bab buat kerja satu benda pun tak tahu pastu bila buat sesuatu kerja tu macam nak tak nak je atau lebih tepat "seperti melepaskan batuk ditangga". Gaji mau besar, elaun mau banyak tapi kerja tak nak langsung dan otak tak perlu pakai sebab dah ada siku dan lutut. Mereka2 ni yang nak memimpin Mesia? Lawaklah...ha..ha..ha.. Lebih elok ayahanda Rani kulup jadi PM dari melantik puak2 blur dan tak paham isu ni! Sekurang2nya Ayahanda bertungkus lumus pi balai polis buat repot dan tak sub-kontrakkan kerja buat repot tu kat balaci2!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. Apa la nasib, usia dah hujung2 bersekongkol dgn syaitan sekular dimanakah tempat di akhirat?

    ReplyDelete
  7. Haha. Ini hud hud manyak power maa. Tn hud lulus bidang apo? Mau belajar. Haha

    ReplyDelete
  8. Tersirat; ahli PAS seluruhnya di pelbagai peringkat di bawah telapak kaki UMNO..hahaha walaun semua

    ReplyDelete
  9. Kelicikan politik umno dpt mperbodohkan pas. Ertinya pas telah ditipu berulangkali. Pas lemah dibawah sedar. Sudah terkunci mulut dan umno boleh melakukan apa jua kebejatan. Ambo sekeluarga tidak akan mengundi pascai lg

    ReplyDelete
  10. Dah tujuan org org tinggi PAS hendak gitu...macamana...bukan zaman TGNA ...dah sekarang ni pangkah PAS sama je macam undi BNumno.

    ReplyDelete
  11. Nanti bila hmpir nak PRU n PAS tgok umngok dah kelupoq nk mampos terus terhegeh2 n kembang lubang bon**t umumkan dgn penuh gedebe lg ganaz akn bom atom umngok..kih kih kih..

    ReplyDelete
  12. Aku x nmpk pun kt mna cahaya imam harun din... Penah jmpa dpn dpn... Bwh mata dia lebam... Mcm mekap jin dlm movie dulu dulu.... Jauh la beza ngan TGNA

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa