Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 5, 2016

Ratusan juta duit pembayar cukai hanya untuk bayar komisen?

Razak Baginda dibayar RM137 juta, 'tapi bukan untuk rasuah pegawai'
mk - Hari ini, 8:47 pagi
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tetapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis, Thales.

"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.

"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.

Ia merujuk kepada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, yang menerajui Kementerian Pertahanan.

Razak Baginda berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia, Bernard Baiocco Disember lalu "aktif merasuah pegawai-pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak".

Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang dibayar dan berkata beliau hanya "sesekali" bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam "sambil minum teh", menurut Financial Times.

Peguam Baiocco, Jean-Yves Le Borgne, berkata anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa melakukan 'legal acrobatics' apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.

"Mereka mengesyaki menteri ada menerima wang tetapi mereka tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membuktikannya," katanya yang dipetik dalam artikel itu.

Le Borgne juga mengesahkan bahawa Najib dan Baginda telah dinamakan dalam dokumen kehakiman.

Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata dakwaan salah laku terhadap Najib dalam perjanjian Scorpene itu adalah "cemaran tidak berasas untuk kepentingan politik".

Jurucakap itu juga menegaskan bahawa Najib tidak mendapat manfaat daripada apa-apa bayaran daripada perjanjian itu, ataupun dihubungi oleh penyiasat Perancis.

[Baca berita lanjut]

3 comments:

  1. sebuah sykt travel agency yg tak ada ZERO pengalaman dlm perolehan senjata boleh jadi broker transaksi bilyooon ringgit.

    mknlah duit haram tu bhai!!!

    ReplyDelete
  2. Cadang Travel Agency tu mula2 nak guna submarines 2 biji tu bawa jemaah haji TH kot??

    Bhai2 ni bukan peduli duit haram, janji masuk. Nanti kita guna Travel Agency juga buat package hantar orsng pi bulan, 1st n 2nd customer bagi kat pondan bugis dgn wife badak dia hantar dia2 ke Pluto.. dua2 tak payah balik bumi dah... menyemak. Tp elok hantar gsng Menteri2 juga, boleh jadi pecacai sana.

    ReplyDelete
  3. Bugis n badak tu boley ke muat dlm roket? Roket kit siang punya. Haha. Gang menteri bole hantar mail sabri mad maslan & wahid dulu. Kerja melobi utk boleh sesuatu kira rasuah ler. Rm137 juta mkn tk habih 7 keturunan beb. Atau bila mati bungkus duit masok kubur. Maa rabbuka? Hahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa