Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 18, 2016

Edisi POYO: 'PAS jadi rujukan dunia'!

‘PAS jadi rujukan dunia, tak perlu ikut Erdogan’

  | July 18, 2016
PAS juga antara parti paling berpengalaman di dunia dan presidennya menjadi rujukan gerakan Islam lain, dakwa Dr Azmi.
erdogan-PASPETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Terengganu menganggap parti Islam itu antara paling berpengalaman di dunia dan tidak perlu mengikut mana-mana model luar Malaysia termasuk kepimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Tunisia mahupun Mesir.
“Pergi berjalan seminggu ke Turki, dia balik dengan berdegar-degar bawak idea orang Turki, pergi pula 5 hari ke Tunisia, dia balik dengan idea-idea made in Tunisia. Pergi ke Mesir, terpikat pula dengan cara Mesir!” kata ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, hari ini.
Beliau mengulas beberapa kritikan dilemparkan terhadap PAS yang membandingkannya dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Erdogan, yang baru-baru ini menerima sokongan rakyat Turki selepas berjaya menumpaskan cubaan rampas kuasa tentera.
Kumpulan “Erdogan” juga merupakan label yang sering diberikan kepada golongan profesional dalam PAS, yang kalah teruk dalam pemilihan parti tahun lepas, digantikan dengan kepimpinan yang menyokong golongan konservatif dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Dewan Ulama.
Antara kritikan dilemparkan terhadap PAS, menurut Dr Azmi, ialah PAS banyak bercakap tentang Islam tetapi ditolak rakyat, sebaliknya AKP tidak bercakap Islam tetapi dipertahankan rakyat.
“Kalau ada lagi mana-mana kudeta yang berhasil ditumpaskan rakyat di mana-mana negara lain, orang seperti ini akan bercakap supaya PAS ikut stail parti yang memerintah negara tersebut pula,” kata Dr Azmi.
“Begitulah kelompok ini akan terus menjadi lalang tanpa identiti dan prinsip perjuangan.”
Katanya, PAS merupakan antara parti Islam paling berpengalan di dunia dan Hadi pula menjadi rujukan tokoh gerakan Islam antarabangsa.
“Hanya orang buta dan pekak saja yang kata PAS hanya berslogan tanpa perlaksanaan.”

# korang nak gelak pun.......gelaklah kat rumah, nanti tak pasal-pasal dikatakan gila gelak sorang-sorang!

1 comment:

  1. T'ganu se penggal, Kedah satu penggal. Nuff said

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa