Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 21, 2016

Terkepung ke? Tak ada nama Najib pun?

Wednesday, 20 July 2016
NAJIB KIAN TERKEPUNG DENGAN TINDAKAN PENYITAAN AMERIKA
SAH DAN SAHIH - Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita berpuluh-puluh hartanah yang dikaitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dana 1MDB.

Nilai dana yang dipercayai diselewengkan dalam penyiasatan itu adalah berjumlah AS$3.5 bilion atau kira-kira RM14,000 juta.

Tindakan undang-undang yang difailkan menyebut, kesalahan itu didakwa berlaku dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu, termasuk para pegawai Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion ringgit wang kepunyaaan 1MDB.

Antara nama yang disebut dalam penyitaan hartanah itu ialah anak tiri Najib, Riza Aziz,  tangan penting dalam menguruskan pelaburan 1MDB, Jho Low dan Khadem Al-Qubaishi serta Mohamed Badawy Al-Husseiny daripada Abu Dhabi.

Bagaimanapun, tiada nama Najib disebut dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan itu.

Meskipun tiada nama Najib disebut atau dikaitkan dalam tindakan undang-undang oleh Jabatan Keadilan AS itu, tetapi dengan adanya nama Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz terpampang nyata, bagaimanakah Najib mahu memisahkan dirinya daripada semua skandal itu?
Jho Low, melalui pengesahan oleh Bank Negara adalah pemilik Good Star Ltd yang melalui syarikat itu telah dipindahkan wang 1MDB sebanyak AS$1.03 bilion atau lebih RM4,000 juta.

Riza pula, anak Rosmah melalui perkahwinan terdahulu, secara tiba-tiba mampu menerbitkan filem dengan kos ratusan juta di Hollywood serta membeli dua hartanah mewah di AS dan satu lagi di London.

Tidak sekadar merupakan pencatur dalam pelaburan 1MDB sejak ditubuhkan, Jho Low juga pernah bercuti di atas kapal mewah yang turut disertai Najib dan keluarganya.

Jho Low dan Riza juga difahamkan telah berkawan lama sejak mereka sama-sama belajar di universiti di AS lagi.

Sekurang-kurangnya dari segi moral dan logik akal, Najib sedang "terkepung"  dengan adanya nama Jho Low dan Riza Aziz disebut dalam tindakan undang-undang oleh Jabatan Keadilan AS itu.

Terlalu sukar dan hampir tidak mungkin untuk Najib membebaskan dirinya daripada apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Dan ini baru permulaan, mungkin lebih banyak tindakan lain akan menyusul selepas ini.

Begitu juga dengan tujuh negara lain yang turut sama sedang menyiasat 1MDB, beberapa kejutan lagi pasti akan terus "mempopularkan"  Malaysia di mata dunia.  (SH 20/07/2016). - sumber

# Di bawah pula tajuk-tajuk The Wall Street Journal -gambar aku printscreen

2 comments:

  1. masih ada lagi yg cuba untuk mengatakan najib tidak bersalah..sepandai andai tupai melompat....tp tupai yg ni bukan jatuh pasal salah lompat..cuma harta anak tiri juga kawan baik keluarga aje yg kena pegang...
    tunggu sikit hari la...
    lebih kurang cerita tebder syarikat kembu ka juga..bini dalam kabinet..laki dapat tender 250 juta..bini tak ada kena nengena debgan urusan lelaki..
    kat malaysia boleh la buat cita macam tu...

    ReplyDelete
  2. Tuan Admin...baca la dokumen yg DoJ filed tu..available online. Ada dinyatakan "Malaysian Official 1" - siap describe lagi yg dia ni related to Reza Azix n ada private acct di Ambank that Malaysian AG confirmed teceived USD681M. Tak clear lagi ke siapa?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa