Mufti diminta beri pandangan tentang kecurian wang 1MDB
| MALAYSIA DATELINE
Ketiadaan suara para mufti ekoran tindakan terhadap 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika dipersoalkan oleh ramai rakyat negara ini kerana mereka selama ini sangat vokal dengan isu lain.
| MALAYSIA DATELINE
Ketiadaan suara para mufti ekoran tindakan terhadap 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika dipersoalkan oleh ramai rakyat negara ini kerana mereka selama ini sangat vokal dengan isu lain.
"Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib? Jenayah Najib, bini Najib dan anak tiri Najib bukan rahsia lagi. Jika dunia sudah tahu, takkan para mufti kita belum tahu?" tulis Zolkarnain Abidin, mantan Adun Pas di Santan, Perlis dalam satu postingnya.
Menurut beliau, sebelum ini ketika Lim Guan Eng terlibat mereka bingkas bangun mendesak dia macam-macam.
"Kamu cungkil pelbagai istilah agama untuk mengaitkannya dengan keburukan dan kejahatan. Tapi apabila Najib buat masalah, mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering," tulis beliau dalam facebooknya.
Beliau kesal kerana, jika apa-apa kesalahan yang melibatkan rakyat biasa, mufti bangkit segera dengan keluarkan dalil al-Quran dan hadith.
"Tapi apabila melibatkan penguasa kemana perginya kisah perjuangan sahabat dan ulama yg mufti dendangkan itu?" tulisnya lagi.
Pening kepala, konfius habis. Mcm mana nak percaya dgn orang ugama. Kredibiliti dah hampir terhakis. Takut kat bos lebih drpd takut kpd Allah
ReplyDeleteoiii wèh
Deleteckp lebih karang kene buang keje
hutang rumah..htg bank..ptpn anak sapa nak bayarkan
...sian tau
Depa tu tak faham atau tak mahu nak faham istilah "money laundering" dan hukum syarak berkaitan!!
ReplyDeleteDepa pun dah confuse halal haram terma2 "donation, contribution, gifts " kalau penerima dan pemberi kata bukan rasuah!!!!
Salam...."SYAITAN BISU BERTOPENGKAN MANUSIA ALIM ,SIKUCING SIAM "
ReplyDelete1,400 tahun Nabi saw tinggalkan seruan dakwah tanpa sekatan...
Kini yng berdakwah dipentas utama hanya mereka yng ikut telunjuk..skrip kata A maka jgn kata B..!!!
Kata mudah " ULAMAQ SYUQ " ulama makan gaji/upah...
Siapa..nntahhh...????