Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 20, 2016

Fining ooo.......ape ke bendenya sebenarnya?

*GUAN ENG BERKUASA LUCUTKAN JAWATAN DATUK BANDAR PULAU PINANG DENGAN MEMBERI NOTIS 30 HARI*

Jika sekiranya pembelian rumah oleh Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang ada unsur rasuah sudah tentu beliau akan menggunakan segala kuasa yg ada pada beliau untuk memastikan penjual rumah beliau iaitu Cik Phang Li Koon berjaya dalam permohonan syarikatnya untuk membangunkan satu projek perumahan di Pulau Pinang. Guan Eng boleh menggunakan pengaruhnya keatas Datuk Bandar bagi memastikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meluluskan permohonan syarikat Cik Phang. Berdasarkan perbincangan saya dengan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Guan Eng berkuasa melucutkan jawatan Yang Di Pertua MBPP (Datuk Bandar) dengan memberi notis 30 hari. Ini tidak berlaku, dan walaupun MBPP telah menolak permohonan syarikat Cik Phang pada bulan Disember 2015, jawatan Datuk Bandar Pulau Pinang masih kekal dipegang oleh orang yang sama sehingga sekarang. Dalam akuan bersumpahnya Cik Phang langsung tidak mengatakan wujudnya sebarang janji oleh guan eng bagi menolongnya untuk mendapatkan sebarang projek dengan kerajaan negeri Pulau Pinang semasa urusan jual beli rumah beliau. Jadi dimana rasuahnya apabila Cik Phang langsung tidak mendapat apa2 imbuhan daripada kerajaan Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng?

Ini amat2 berbeza dengan tindakan yang diambil PM DS Najib yang telah memecat Peguam Negara (kononnya atas alasan kesihatan) ketika siasatan keatasnya sedang memuncak. Ada pihak yang mendakwa bahawa Peguam Negara ketika itu iaitu TS Ghani Patail telahpun menyiapkan draf pendakwaan terhadap PM atas tuduhan rasuah.

Dibawah ini dipaparkan sekali lagi Akuan Bersumpah oleh Cik Phang Li Koon untuk penilaian semua pihak;

*****************************

AKUAN BERSUMPAH

Saya, PHANG LI KOON seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Georgetown, Pulau Pinang dengan penuh sedar dan ikhlas mengisytiharkan seperti berikut:

Saya mula mengenali keluarga Ketua Menteri (KM) sejak 2008. Saya menjadi teman rapat kepada isteri beliau, Betty Chew sejak itu disebabkan sifat beliau yang peramah dan merendah diri.

Pada tahun 2008 saya telah membeli sebuah rumah di alamat No 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada harga RM2.5 juta dan membuat sedikit pengubahsuaian bertujuan untuk diduduki oleh saudara lelaki saya. Walau bagaimanapun selepas mendengar daripada isteri KM bahawa dia sedang mencari rumah untuk disewa disebabkan masalah anai2 di kediaman rasmi mereka, saya mengambil keputusan untuk menawarkan kepada mereka rumah saya untuk mereka sewa. Satu perjanjian penyewaan telah ditandatangani pada 1 Julai 2009 untuk tempoh 3 tahun pada harga RM5000 sebulan untuk tempoh 3 tahun, namun ianya kemudian dilanjutkan 3 tahun lagi ke 30 Jun 2015.

Pada masa itu saya merasa amat berbesar hati kerana dapat menyewakan rumah saya kepada KM Pulau Pinang dan dapat membantu mereka mengatasi masalah kediaman mereka.

Walau bagaimanapun, menyewakan rumah kepada seseorang bergelar KM Pulau Pinang menimbulkan banyak kerisauan dan tekanan kepada saya yang berpunca dari penyokong2 BN dan Badan2 Bukan Kerajaan (NGO) yang melemparkan tuduhan2 yang tidak benar terhadap saya. Ketika itu saya telah membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut. Terdapat juga lebih banyak kejadian2 susulan dalam tahun2 berikutnya dimana tunjuk2 perasaan dan upacara2 pengkebumian telah dijalankan di hadapan rumah saya, sehingga ke tahap mereka membaling "bom molotov" ke dalam perkarangan rumah saya yang menyebabkan saya merasa rumah itu tidak lagi sesuai dan selamat bagi saya.

Berita2 tentang rumah tersebut tidak berhenti2 dipaparkan oleh media dengan alamat dan gambarnya didedahkan di dada2 akhbar. Saya merasa amat tidak selesa jika saudara2 saya atau saya sendiri berhasrat untuk tinggal di rumah itu nanti, kami tidak akan merasa selesa dan selamat tinggal di rumah yang telah mendapat begitu banyak ancaman dan perhatian ramai.

Jadi, pada awal 2012 saya telah secara lisan memberitahu Betty bahawa jika mereka bersedia dan mahu membeli, saya sanggup menjual rumah itu pada harga RM2.8 juta. Saya diberitahu oleh Betty bahawa mereka sekeluarga berminat namun KM bimbang bahawa beliau mungkin tidak akan mampu membeli rumah tersebut sekiranya beliau tidak dipilih semula sebagai KM. Jadi Betty bertanya samada saya masih akan menjual rumah tersebut kepada mereka pada harga yang sama selepas PRU ke 13.

Walau bagaimanapun selepas PRU ke 13 pada tahun 2013, Betty memberitahu saya bahawa mereka masih perlukan
sedikit masa untuk membeli rumah tersebut dan dia memohon untuk satu pilihan untuk membelinya pada satu tarikh di kemudian hari apabila mereka sudah bersedia. Pada tahun 2014 KM dan saya telah menandatangani satu perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 dimana saya bersetuju untuk memberi beliau tempoh 5 tahun untuk beliau membeli rumah tersebut dengan syarat beliau membayar sebanyak RM100,000.00. Sementara itu KM dan keluarga boleh terus menyewa rumah tersebut.

Beberapa ketika sebelum perjanjian itu berakhir pada 30 Jun 2015, saya telah membuat keputusan muktamad untuk menjual rumah tersebut. Saya adalah seorang ahli perniagaan dan saya tidak berhasrat melayan sebarang tekanan yang tidak sepatutnya dan melihat nama saya terpampang di dada2 akhbar atau media2 sosial lagi, terutama apabila mereka2 yang tidak bertanggungjawab hendak menyerang KM atau membangkitkan isu penjualan tanah di Taman Manggis yang mana saya tidak terlibat. Saya mengambil keputusan menjual hartanah terbabit kerana ia mengundang berbagai publisiti tidak sepatutnya dan berbagai tuduhan dari semasa ke semasa.

Saya sekali lagi, melalui Betty, memohon KM menunaikan hak untuk membeli. Saya tidak membuat tinjauan harga pasaran sebenar ketika saya mengambil keputusan untuk menjual rumah tersebut kepada KM pada tahun 2015 kerana saya merasakan bahawa ianya tidak perlu. Saya sudah ada KM sebagai pembeli dan sudah terdapat perjanjian antara kami yang ditandatangani pada 23 Jun 2014 berhubung harga jualan tersebut.

Selepas Betty memberitahu saya bahawa mereka telah berjaya mendapatkan pinjaman perumahan, kami mengambil keputusan untuk menandatangani perjanjian jual beli pada harga yang telah dipersetujui sebelum ini iaitu RM2.8 juta. Daripada rekod saya perjanjian jual beli tersebut telah ditandatangani pada 28 Julai 2015 dan pihak bank telah meluluskan bayaran sepenuhnya kepada saya pada bulan Oktober tahun 2015.

KM dan keluarganya telah menjadi penyewa rumah saya yang baik selama 6 tahun yang lalu. Kepada saya, KM adalah seorang pemimpin yang baik dan layak dihormati dan saya rasa berbesar hati dapat menjual rumah saya kepada beliau. Saya berpendapat Pulau Pinang telah mencapai kejayaan yang gilang gemilang dibawah kepimpinan beliau. Yang paling penting saya telah menjual rumah saya kepada seseorang yang saya kagumi. Saya tidak langsung rasa menyesal menjual rumah saya kepada KM pada harga RM2.8 juta. Saya telah menyelesaikan satu masalah yang memeningkan kepala saya dan memberi tekanan kepada saya selama ini.

Saya tidak faham kenapa persetujuan saya untuk menjual rumah saya kepada KM telah diperbesarkan sehingga menjadi isu nasional, padahal saya tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri.  Saya juga tidak pernah mendapat sebarang manfaat daripada kerajaan negeri dengan menjual rumah tersebut kepada KM.

Adalah menjadi hak saya untuk menetapkan harga rumah yang saya jual kepada KM. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah diberi tekanan atau dipaksa atau dipengaruhi oleh KM atau oleh mana2 pihak untuk menjual rumah tersebut kepada KM pada harga RM2.8 juta. Saya menjualnya atas kerelaan sendiri atas dasar persetujuan dua belah pihak antara penjual dan pembeli.

Saya juga berhasrat untuk mengesahkan disini bahawa saya bukan pengarah atau pemegang saham syarikat KLIDC yang memenangi bidaan untuk pembelian tanah di Taman Manggis di bawah penjualan melalui sistem tender terbuka. Saya juga tidak terlibat di dalam pengurusan syarikat tersebut. Saya ingin menegaskan akan hak saya untuk mengambil tindakan undang2 keatas mana2 pihak yang cuba membuat sebarang tuduhan tidak berasas bagi mengaitkan saya dengan syarikat terbabit, demi untuk mengeruhkan suasana dan mengheret saya ke dalam kontroversi tersebut.

Dan saya membuat pengisytiharan ini dengan penuh kesedaran dan mempercayai kesemuanya adalah benar dan selaras dengan peruntukan2 dalam Akta Akuan Bersumpah 1960.

Diakui dan ditandatangani pada 22 Mac 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh

PHANG LI KOON

dihadapan

Pesuruhjaya Sumpah

******************************
Jelas daripada Akuan Bersumpah ini bahawa:

1. Cik Phang tidak langsung rugi dalam penjualan rumah tersebut, dimana beliau membuat keuntungan sebanyak rm300 ribu, disamping pendapatan sewaan sebanyak kira2 rm360 ribu untuk tempoh 6 tahun, serta pendapatan sebanyak rm100 ribu hasil perjanjian yang ditandatangani bersama KM pada 23 Jun 2014. Jadi keseluruhan keuntungan yang diperolehi oleh Cik Phang adalah sebanyak lebih kurang rm760 ribu.

2. Nilai rumah Cik Phang tidak boleh dibandingkan dengan rumah2 bersebelahan kerana disebabkan publisiti2 negatif dan serangan2 serta ancaman  dari pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap rumah tersebut, maka bolehlah dikatakan bahawa rumah tersebut sebenarnya telah mengalami susut nilai berbanding hartanah2 bersebelahan. Cik Phang juga telah menyatakan bahawa rumah itu telah mendatangkan tekanan yang tidak sepatutnya dalam hidupnya dan oleh itu mahu menjualnya secepat mungkin. Beliau juga kagum dengan kepimpinan KM yang berjaya memajukan Pulau Pinang dan oleh itu merasa berbesar hati apabila KM mahu membeli rumah beliau.

3. Permohonan syarikat beliau untuk memajukan sebuah projek perumahan masih belum diluluskan oleh MBPP, sebuah agensi dibawah seliaan KM, ketika beliau menjual rumah tersebut pada tarikh 28 Julai 2015. Jika Cik Phang mengharapkan imbuhan dari kerajaan negeri (dalam bentuk kelulusan projek perumahan) maka beliau boleh menangguhkan penjualan rumah tersebut sehingga projek syarikat beliau mendapat kelulusan dari MBPP. Buat makluman pihak MBPP telah menolak permohonan syarikat Magnificient Emblem milik Cik Phang pada Disember 2015. Jadi benarlah apa yang disebut oleh Cik Phang dalam Akaun Bersumpah beliau yang ditandatangani pada 22 Mac 2016 bahawa beliau "tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang" dan "tidak mendapat sebarang faedah daripada kerajaan negeri Pulau Pinang".

Setelah semua fakta diatas dibentangkan maka kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan pusat dan BN "DI MANA RASUAHNYA???". Cik Phang telah menjual harta milik peribadinya pada harga yang ditetapkan olehnya sendiri tanpa paksaan atau imbuhan dari mana2 pihak sementara KM Pulau Pinang telah membeli rumah tersebut dengan duitnya sendiri, sebahagian besarnya melalui pinjaman bank. Bagaimana pula kes dimana Perdana Menteri DS Najib telah mengaku menerima dana awam sebanyak rm42 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan SRC International dan telah tidak memulangkan semula. Bagaimana juga wang sebanyak rm4 bilion yang didakwa masuk ke akaun peribadi PM seperti didakwa oleh WSJ padahal PM pada mulanya beria2 nak saman tapi sampai sekarang tak saman2. Adakah itu bukan RASUAH??? Rakyat bukan bodoh dan pastinya Umno BN akan dihukum pada pilihanraya yang akan datang.

SELAMATKAN MALAYSIA DARI PERASUAH DAN PEROMPAK. TOLAK BN, UNDI PAKATAN HARAPAN.

ALLAH MAHA BESAR

Hj Zaidi bin Ahmad
Pegawai Penerangan
Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang
19 Julai 2016
0174164728

#mohon viralkan demi kebenaran. Terima kasih

2 comments:

  1. aiiyooh lu bikin sd pon talak guna maa, sepol sendri kasi masuk plastik lia ponya jobor pon anwar masuk dalam maa.ini malaysia ameno king lorrr..apa pon boleh bikin.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa