Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 21, 2016

Teruknya, tak pasal-pasal lokap dan mungkin penjara........kes cemburu ke ni?

Kemaluan dilumur cili, badan teruk dibelasah
WARTAWAN SINAR HARIAN - 20 JULAI 2016
Kemaluan dilumur cili, badan teruk dibelasah Keadaan badan mangsa yang teruk dibelasah.

BESUT – Seorang ibu tunggal menanggung  azab selama satu jam apabila  kemaluannya bukan sahaja dilumur dengan cili api malah mata dan badannya turut dibelasah dengan  hos getah dan objek keras lain sebaik mangsa dilarikan oleh empat suspek dari rumahnya di Kampung Gong Tengah Dua, Merang , Setiu, Ahad lepas.

Mangsa mendakwa, sebelum kejadian berlaku dia dihubungi oleh seorang wanita sekampungnya melalui telepon pada  jam kira-kira jam 9 malam hari berkenaan memberitahu ingin bertemu.

Menurutnya, tidak lama kemudian, wanita berusia 52 tahun itu bersama dua anak lelaki dan seorang menantu perempuannya sampai di pekarangan rumah mangsa dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda pikup.

“Saya terus pergi ke arah kenderaan tersebut kerana tidak menyangka mereka datang dengan niat buruk tambahan lagi kami saling mengenali.

“Namun sebaik sahaja menghampiri kenderaan tersebut, tiba-tiba salah seorang anak suspek tendang saya  menyebabkan saya terjatuh sebelum mereka menarik saya masuk ke dalam kenderaan  kemudian  melarikan saya,” katanya yang ditemui di kampung asalnya di Kampung Alor Belanga dekat sini semalam.

Mangsa berkata lagi, kejadian tersebut tidak disedari anak-anaknya yang ketika itu berada di bahagian dapur rumah kerana sedang membuat keropok lekor yang diusahakan keluarganya.

Menurutnya, sebaik dilarikan, salah seorang susperk bertindak melumurkan cili  pada kemaluannya menyebabkan dia merasa kepanasan yang teramat sangat.

Namun katanya, apa yang dilakukan wanita itu bersama menantu dan anaknya tidak terhenti di situ sebaliknya bahagian muka dan matanya pula dipukul bertalu-talu tanpa belas kasihan.

“Kesakitan akibat dipukul di bahagian badan dan muka lebih lebih menyakitkan sehingga saya tidak terasa kepanasan terkena cili itu lagi.

“Ketika di dalam kenderaan , saya merayu agar tidak dipukul lagi namun mereka tidak endah rayuan saya sebaliknya  berterusan memukul bahagian belakang dan lengan saya dengan beberapa objek termasuk hos getah dan beberapa benda lain dipercayai  tapak selipar keras dan objek lain yang saya tidak jelas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa