Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 21, 2016

Konar kerana nak pelihara air muka pemimpinlah ni!

Gencatan senjata: Pemimpin akar umbi PAS akui ahli salah faham
  | July 20, 2016
Ada yang melihat seolah-olah wujud pertentangan antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Najhan Mohamad Salleh
PETALING JAYA: Pemimpin akar umbi PAS mengakui ada ahli parti itu yang pada awalnya keliru apabila melihat seolah-olah wujud pertentangan antara dua pemimpin tertinggi mereka, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun perkara itu diatasi selepas pimpinan PAS kawasan membuat penerangan bagi menjernihkan keadaan, kata mereka.
Yang Dipertua PAS Kapar Najhan Mohamad Salleh berkata kekeliruan muncul apabila ada yang tidak membaca sepenuhnya kenyataan ‘gencatan senjata’ yang dibuat Tuan Ibrahim.
“Ditambah pula dengan berita 13 wakil rakyat PAS Selangor yang membuat kenyataan menyokong seruan itu. Isu dipusingkan seolah-olah mereka sokong Tuan Ibrahim dan tolak Hadi,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata memang menjadi cabaran kepada pemimpin akar umbi bagi memberi penjelasan kepada ahli berhubung apa saja isu dan perkembangan yang melibatkan parti itu.
“Kami di Kapar yakin dengan tarbiah kepada ahli. Saya nafi ini akan menyebabkan ahli terpecah kepada dua kem,” katanya.
Seruan ‘gencatan senjata’ yang dibuat Tuan Ibrahim baru-baru ini melonjakkan lagi imejnya yang dilihat mesra Pakatan Harapan, berbanding Hadi yang lebih tegas.
Seruan itu diikuti dengan tindakan 13 wakil rakyat PAS di Selangor menghantar memorandum kepada Hadi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Tuan Ibrahim, selepas mengisytiharkan hal yang sama secara terbuka.
Semalam, Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Najhan Abdul Halim membuat seruan agar “memperbetulkan hati dan tindakan” daripada sikap “takut kalah” dan “jawatan kerajaan lebih penting daripada jawatan dalam jemaah”, dipercayai ditujukan kepada 13 wakil rakyat tersebut.
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Jam pula berkata kekeliruan di kalangan ahli timbul akibat tindakan ‘pihak musuh’ yang mahu melaga-lagakan kepimpinan parti.
“Kenyataan itu disalah erti untuk mengelirukan ahli. Apa saja kenyataan daripada pemimpin PAS akan diputar belit musuh. Saya merujuk parti lain yang menyerang PAS, tidak kiralah Amanah, PKR, DAP atau Umno.
“Bila timbul hal seperti ini, ahli akan merujuk PAS kawasan dan Harakah, dan kembali jelas. Saya yakin akar umbi teguh dengan pimpinan tertinggi parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa