Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 18, 2016

The Star cari pasal lagi?

Laporan palsu terhadap Guan Eng, The Star berkemungkinan disaman
17 Julai 2016
Lim Guan Eng

GEORGE TOWN, 17 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan terhadap akhbar yang dikawal BN, The Star ekoran laporan palsu dan mengelirukan yang diterbitkan dalam salah satu artikelnya hari ini.

Artikel berjudul ‘Snap election ini Penang?’ yang ditulis Joceline Tan itu cuba memberi gambaran jahat Guan Eng sebagai melakukan kesalahan dalam isu penjualan tanah di Taman Manggis.

Namun, apa yang diuar-uarkan media BN itu tidak berasas kerana tidak ada sebarang pendakwaan rasuah terhadap Adun Air Putih itu berhubung penjualan tanah di Taman Manggis.

“Jelas ini satu percubaan BN untuk mereka-reka sejarah dengan menggambarkan saya bersalah melakukan rasuah meskipun Cik Phang tidak mendapat sebarang manfaat.

“Dalam perkara lain, BN seolah-olah menganggap mereka yang mendapat keuntungan dan kelebihan berbilion US dolar pula tidak bersalah dan bebas dari rasuah ,” katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Agung DAP itu berkata sepanjang empat bulan lalu media cetak dan elektronik kawalan BN bersungguh-sungguh secara sistematik melemparkan dakwaan tidak berasas konon wujudnya umsur rasuah dalam isu penjualan tanah Taman Manggis meskipun ia dijalankan secara tender terbuka.

“Sebaliknya dakwaan rasuah yang telah difailkan terhadap saya adalah perkara yang tidak berkaitan yang mana penjual rumah saya itu didakwa mendapat manfaat daripada pelingkungan semula tanahnya daripada status pertanian kepada perumahan.

“Sehingga kini tanah Cik Phang kekal sebagai pertanian berikutan penolakan permohonannya oleh pihak berkuasa tempatan,” jelas Guan Eng.

Menurutnya, ini bukan kali pertama Joceline Tane dan The Star memfitnahnya.

“Pada 2012, saya telah memfailkan saman fitnah terhadap The Star dan kes itu selesai apabila mereka mengemukakan permohonan maaf secara terbuka pada 27 Oktober 2013,” ujar beliau.

Dalam kes terbabit, The Star menarik semula kandungan yang tidak benar terhadap Lim Guan Eng dan memohon maaf secara ikhlas bagi sebarang tuduhan yang mengaibkan beliau. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa