Apa ataukah Siapa yang mahu diselamatkan Salleh Keruak?
1. Kenyataan Menteri Komunikasi dan Mutimedia DS Salleh Keruak adalah amat mengecewakan umum. Menuntut supaya satu siasatan segera dan mendalam dibuat olih pihak Polis tentang kebocoran Laporan Ketua Audit Negara (AG) tentang 1-MDB, yang didedahkan Sarawak Report (SR) beberapa hari lalu, menyerlahkan sifat sebuah kerajaan yang terpisah dari rakyatnya dan sangat angkuh.
2. Sementara tumpuan rakyat mahukan campurtangan Majlis Raja-Raja bagi membolihkan Laporan AG itu didiklasifikasikan dari status dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA, 1972), supaya membolihkan pelbagai ‘pendedahan celaka’ (damning expose’) dari SR itu disahtentukan (verification), tumpuan tuntutan Salleh Keruak ternyata tersasar.
3. Menteri tersebut mungkin perlu diperingatkan bahawa OSA, antara lain, bertujuan untuk mengelakkan perlakuan jenayah dan bukan untuk melindungi jenayah. OSA bukan Akta atau Undang-undang untuk pertahankan atau menyimpan rahsia pihak yang salah khasnya bagi pemegang jawatan awam, samada untuk melindungi menteri hatta perdana menteri sendiri.
4. Persoalan yang dituntut rakyat ialah apakah perihal strategik atau keselamatan negara yang akan terjejas lalu perlu diletakkan Laporan AG tentang 1-MDB itu sebagai dokumen OSA?
5. Kalaulah Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) tentang 1MDB yang dibentangkan di Parlimen lalu, sudah cukup sarat dengan pelbagai salah-laku, urusniaga kontroversi, pelanggaran pelbagai peraturan dan ketidakpatuhan tadbir-urus (governance), maka perihal pendedahan lebih detail tentang Laporan AG itu seperti didedahkan SR kini, pastinya lebih panas dan menjahanamkan (damning).
6. Maka apakah yang sebenar-benarnya dihebohkan dan digusarkan Salleh Keruak itu? Bukankah beliau sepatutnya turut menuntut pengurusan 1MDB untuk bertangungjawab tentang kehilangan dana sebanyak US$6.7bilion (RM26bilion) itu? Apakah maksud Salleh mempertikaikan tentang kedaulatan, integriti atau maruah wibawa negara yang terjejas akibat pendedahan Laporan SR itu?
7. Bukankah negara telah hilang wibawa dan maruah rakyat tercalar di kacamata masyarakat antarabangsa, sejak ‘skandal rompakan 1-MDB terdahsyat kurun ini’ atau “1-MDB: The Heist of the Century” mula-mula diberi tumpuan dan jolokan oleh media Barat seumpama “The New York Time” seawal Februari 2015 ?
8. Tidak ada jalan dan cara lebih baik untuk membaikpulih integriti dan kedaulatan negara di kacamata dunia, kecuali dengan menambahbaik fungsi institusi-institusi kritikal semak-imbang negara seperti SPRM, Parlimen, Judisiari-Peguam Negara dan badan-badan penguatkuasa seperti PDRM, BNM dan SPR.
9. Bagaimanakah mahu dibaikpulih integriti dan tahap kepercayaan kepada negara apabila tidak kurang dari 7 jurisdiksi atau undang-undang negara asing termasuk Switzerland, Singapore, the US, Hong Kong and the United Kingdom, sedang melakukan siasatan forensik terhadap pelbagai kegiatan jenayah kewangan termasuk pengubahan wang haram (money-laundering) dan pengsonglapan (embezzlement) 1-MDB?
10. Tegasnya, beberapa individu pengurusan tertinggi syarikat kewangan antarabangsa telah dipecat dan ada yang ditahan pihak berkuasa. Sebuah perbankan Swiss di Singapura, BSI Bank sedang berdepan rayuan ketika dikenakan tindakan penalti US$100 juta (RM400 juta) oleh pihak penguasa kewangan Switzerland (Finma) kerana terlibat dengan pelanggaran ‘akta anti-penggubahan wang haram’ dalam urusniaga bersabit 1-MDB.
11. Lalu rakyat menuntut diperjelaskan;
Apakah aspek keselamatan dan integriti negara yang mahu diselamatkan Salleh Keruak?
Atau lebih tepat lagi;
Siapakah yang mahu diselamatkan Salleh Keruak?
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi,
Parti Amanah Negara
10 Julai 2016.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa