Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 19, 2016

Rupanya idea 'gencatan senjata' TITM membawa keruh di dalam PAS!

Ulama kesal Pas Selangor 'sayangkan jawatan'
 | MALAYSIA DATELINE

Pas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan HalimPas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan HalimTindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya tidak disenangi oleh Dewan Ulama Pas Pusat.
Ia dibayangkan oleh Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook beliau selepas tersebarnya surat sokongan itu kepada umum.
Najhan, anak kepada bekas setiausaha agung Pas, Halim Arshat dalam posting itu menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.
1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jati diri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tidak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.
"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.
Adun Taman Templer yang juga Exco kerajaan negeri Selangor, Zaidy Talib, mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.
Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.
Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.
Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.

5 comments:

  1. Satu pendapat atau tuduhan yang berat drp DUPP.Adakah ini dianggap sebagai perbezaan pendapat yang perlu diraikan? Masih bermaruahkah wakil rakyat Pas sebagai exco di Selangor? Jika ghanimah dan pergantungan anda kepada manusia? Tidak wala' dan tidak yakin dengan janji Allah? Perjuangan anda sudah diragui. Buku bertemu ruas, bila DUPP bersuara bergegar maruah.

    ReplyDelete
  2. Ni DAP punya pasal la

    ReplyDelete
  3. Ni DAP punya pasal la

    ReplyDelete
  4. Yg terima acuan pas tu hanya ameno............ramai yg musykil, acuan pas tu agama ke bangsa? Aqidah Pas sudah rosak!

    ReplyDelete
  5. Otak sudah tak bolih berfikir secara matang.siang malam,tidur jaga teringatkan DAP ,kesan Anonymuose 10.58

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa