Selesaikan masalah dalaman parti sebelum bentuk pakatan lebih besar, kata Mahmmood Zuhdi
16 Julai 2016 | DALIA ISMAIL
Ura-ura untuk menwujudkan pakatan pembangkang lebih besar ekoran cadangan penubuhan parti baharu yang akan diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diteliti oleh gabungan Pakatan Harapan dan Pas.
Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, amat perlu semua parti menyelesaikan dahulu konflik dalaman parti masing-masing sebelum membentuk pakatan yang besar untuk menandingi Barisan Nasional(BN) kelak.
Katanya, parti-parti pembangkang utama dalam negara PKR,DAP,Amanah dan Pas yang mempunyai pengalaman membentuk pakatan sebelum ini, perlu lebih berhati-hati sekiranya mahu bergabung dengan parti baharu itu.
"Parti baharu Tun Mahathir itu kelak jika bergabung lebih besar pengaruhnya kepada lanskap politik semasa berbanding ketika wujudnya Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.
"Hingga kini Pas masih tidak stabil apabila pemimpinnya berpecah mewujudkan parti baharu Amanah. Pasti isu antara pemimpin dan pimpinan bawahan masih lagi tidak selesai ditambah pula dengan kerjasama dengan Umno.
"Ini kerana pendirian Pas meletakkan Umno sebuah parti yang tidak boleh dipercayai, sebaliknya mahu bergabung dengan Umno menolak Pakatan Harapan kerana tidak sehaluan dengan DAP, antara isu yang perlu diselesaikan dahulu antara pemimpin dan pengikutnya.
"Sudah pasti hubungan itu (DAP) kena baiki semula kenapa perlu ada 'double standard' antara Umno dan DAP," soalnya kepada Malaysia Dateline.
Mengenai Amanah pula dianggap sebagai parti yang masih belum jelas hala tuju dan perjuangannya.
" Amanah tiada hala tuju yang jelas dan dicop sebagai tali barut DAP oleh BN.
"PKR pula sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Diantara mereka yang menyokong perjuangan Mahathir dalam Deklarasi Rakyat dan cadangannya menubuhkan parti baharu dengan sekumpulan penyokong yang hanya memihak kepada perjuangan membebaskan Anwar semata-mata
"Parti pembangkang perlu melihat kepincangan dua pakatan sebelum itu untuk mencari puncanya supaya tidak berlaku kepincangan,"terangnya.
MDM adalah sebuah institusi yang ditubuhkan sejak setahun atara lain agendanya adalah untuk menyatukan parti-parti politik Melayu dan Islam di negara ini untuk membentuk penyatuan ummah yang kukuh.
"Pendirian kita (MDN) mahu membendung daripada perpecahan dalam masyarakat disebabkan perpecahan parti teras Melayu dan Islam di negara ini.
"Jika mereka (pemimpin politik) tidak membendung akan ada lebih banyak parti-parti baru politik muncul.
"Dalam hal ini (membendung perpecahan) sama ada mereka (pemimpin) hapuskan parti yang tidak aktif atau bergabung sama sendiri wujudkan platform dan dasar parti baharu yang lebih terarah.
"Saya dengar sebuah NGO yang berjuang untuk Melayu dan bumiputera serta Islam juga mahu tubuhkan parti baharu," ujarnya tanpa menyatakan NGO mana yang disebutkannya itu.
Tambah beliau lagi, menyelesaikan kemelut dalaman parti dan antara parti-parti adalah langkah penting supaya membolehkan semua parti diletakkan dalam kedudukan yang selesa, jika pakatan besar itu kelak mahu dibentuk untuk menentang Umno-BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Pada Khamis perbincangan antara Dr Mahathir, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana, bersetuju penubuhan sebuah parti baharu bagi membentuk gabungan lebih besar dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Semalam Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata amat perlu mewujudkan pakatan pembangkang yang lebih besar dalam menangani peningkatan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan BN.
16 Julai 2016 | DALIA ISMAIL
Mahmood Zuhdi Abdul Majid

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa