Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 28, 2016

Laporan ke atas 3 Tan Sri: Pengadu akan dipanggil polis

IGP: Tiada keperluan panggil 3 Tan Sri beri keterangan
Hari ini 28 Jul. 2016, 6:03 petang
Ketua Polis Negara hari ini menjelaskan tiada keperluan ketika ini untuk memanggil tiga individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan terlebih dahulu memanggil naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengetahui maklumat dan bukti yang dimiliki beliau.

"Kami (polis) tidak akan memanggil tiga individu itu setakat ini. Kami akan panggil pengadu terlebih dahulu kerana kami mahu tahu apa maklumat yang ada padanya semasa beliau membuat laporan polis, ia satu tuduhan yang serius.

"Biar kami dapatkan apakan maklumat yang ada padanya (Khairul Azwan) semasa beliau membuat laporan polis sebelum kami memanggil ketiga-tiga mereka," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop di ibunegara hari ini.

Semalam, Khalid memaklumkan polis akan memanggil Khairul Azwan dalam waktu terdekat berhubung laporan polis yang dibuat pada Selasa lalu.

"Kita belum dapat berjumpa lagi dengan pengadu ini, Insya-Allah, hari ini atau esok untuk merakam percakapan dia (Khairul Azwan)," katanya.
Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu yang dinamakan itu dipercayai terbabit dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa