Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 29, 2016

Tutup mulut atau keluar ajer dari PAS!

Lebih Baik TITM Tutup Mulut Atau Isytihar Keluar PAS
29 Jul 2016
AMANAH ingatkan PAS jangan cuba pecahkan HARAPAN 

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu akan menentang sebarang usaha, termasuk PAS, untuk memecahkan Pakatan Harapan. 

Mujahid berkata demikian dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang yang dicadangkan oleh DAP untuk mendapatkan mandat baru selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah. 


Mujahid berkata kenyataan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba "menganggu" urusan HARAPAN. 

Dalam satu kenyataan, Mujahid yang juga naib presiden AMANAH berkata, Tuan Ibrahim tidak ada hak untuk berbuat demikian. 

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi timbalan presiden PAS memberi tumpuan untuk mengenal pasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan AMANAH dengan sekutunya dalam HARAPAN. 

Jika PAS telah mengenal pasti musuh politik yang sebenar, kata Mujahid, parti itu pastinya akan bersama dengan HARAPAN dan tidak akan membuang masa untuk pecahkan HARAPAN dengan menyerang AMANAH. 

Pada 26 Julai, Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa PAS akan mempunyai "kerjasama bersyarat" dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang. 

Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi. 

Akhbar itu melaporkan selain enam kerusi tersebut, PAS bercadang bertanding dia dua atau tiga kerusi yang parti itu pinjamkan kepada PKR. 

"Jika AMANAH bertanding di kerusi PAS, kita akan bertanding di kerusi DAP dan PKR," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata. 

Beliau juga dipetik sebagai berkata PAS tidak akan "mengganggu" dan mewujudkan pertandingan tiga penjuru sekiranya AMANAH tidak melakukan perkara yang sama. 

"AMANAH sebagai anggota Pakatan Harapan, kita melihat PKR sebagai mewakili ketiga-tiga parti Pakatan dalam rundingan. 

"Tetapi mereka tidak boleh membenarkan AMANAH untuk bertanding, jika mereka berbuat demikian, ia bertentangan dengan syarat kita," Tuan Ibrahim dilaporkan berkata. 

Mujahid mengingatkan PAS bahawa parti itu adalah komponen HARAPAN dan akan kekal begitu walaupun berdepan pelbagai cabaran. 

Mujahid mengingatkan bahawa sejak HARAPAN ditubuhkan, PAS tidak mempunyai peranan dalam membina pakatan itu walaupun ia telah dijemput untuk berbuat demikian. 

PAS memutuskan untuk membentuk blok ketiga dan tidak menyertai HARAPAN, kata Mujahid mengingatkan bekas rakan-rakannya. 

HARAPAN, katanya, telah melalui pelbagai cabaran walaupun belum berusia satu tahun. 

Namun, kata beliau, pihaknya tetap komited dalam menggabungkan kuasa pembangkang untuk menghadapi BN dan Umno, selepas PAS mengambil keputusan untuk berpisah dengan DAP. -mk 

ULASAN GB 

Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai. 

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya, Hj Abdul hadi Awang. 

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata". 
Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:
Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya: 





Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri. 

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya. 


# Hakikatnya mulut TITM dah dibaculakan Hadi dan air liurnya tawar, tak berikan makna apa-apa!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa