Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 21, 2016

Adakah kata-kata pemimpin PAS berkredibilti untuk diyakini?

Harapan 'gencatan senjata' pembangkang berkecai jika...
Zikri Kamarulzaman -  Hari ini 20 Jul. 2016, 6:45 petang
Harapan untuk melihat 'gencatan senjata' di kalangan pembangkang mungkin berkecai jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut negeri berkenaan, kata penganalisis.

"Jika mereka mengadakan pilihanraya mengejut tanpa memulihkan hubungan dengan PAS, ia akan mengeruhkan hubungan dengan pemimpin PAS yang kian cenderung untuk kembali kepada pakatan pembangkang," kata Profesor Faisal Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia, kepada Malaysiakini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan peribadi buat parti-parti pembangkang untuk mengetepikan perbezaan dan menentang musuh sebenar iaitu BN.

Walaupun tiada langkah konkrit ke arah ini, Ketua Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata, pilihan raya mengejut akan menjurus kepada pembangkang terpaksa melakukan 'gencatan senjata' sesama mereka.

Bagaimanapun, ujar beliau berkata, strategi berkenaan boleh hancur semasa sesi perundingan pembahagian kerusi.

"Kita perlu ingat di Pulau Pinang, PAS memainkan peranan yang agak besar dan Parti Amanah Negara (AMANAH) belum sekuat PAS lagi, dinamik yang penting.

"Rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan AMANAH bukan sesuatu yang mudah...dan berkemungkinan mengakibatkan 'gencatan senjata' tidak berlaku," tambahnya.

Faisal berkata, akibat daripada keadaan tersebut akan melangkaui pilihan raya negeri Pulau Pinang.

"Jika keadaan seperti ini berlaku, semasa pilihan raya umum akan datang , adalah sukar untuk mengadakan perikatan pembangkang."

Kedua-dua penganalisis, bagaimanapun, sependapat pembangkang masih boleh menang di Pulau Pinang.

Sementara itu, Wan Saiful menambah, cadangan mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan sokongan terhadap Lim adalah strategi yang salah kerana ia tidak akan menghentikan prosiding rasuah terhadap ketua menteri itu.

# cer tilik kenyataan ini: Ulamak Pas Selangor: Kenyataan pemimpin selain presiden terbatal

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa