Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 24, 2016

Cerita Kelate: Pengambilan tanah rakyat Kampong Laut

PENGAMBILAN TANAH RAKYAT KG. LAUT TUMPAT, KELANTAN

*November 2015*
Berlaku pertemuan antara Hj. Nordin (Ketua Pas Caw. Kg.Laut) dgn MB Ahmad Yaakub di rumah Hj. Nordin (pd majlis kenduri kesyukuran). Dalam pertemuan yg hnya beberapa minit itu di cadangkan kpd MB agar datang bertemu dgn rakyat kg.laut terlebih dahulu sebelum tanah itu di wartakan, krn ini meleibatkan tanah HAKMILIK rakyat bukan tanah kerajaan sbgmna yg di momokkan. Di sini perbncangan secara tertutup telah berlaku agar tidak menjadi kecoh, org kate perbincangan anak branak. Namun MB diam membisu seribu bahasa, lgsung tidak ad pertemuan dgn rakyat di adakan.

*31 Mei 2016*
13 org wakil pnduduk Kg. Laut yg terlibat dgn pengambilan tanah mendapat jemputan utk hadir ke  taklimat pengambilan tanah utk Projek Warisan Kg. Laut di pejabat Penggawa. Hadir bersama Dato SUK & DO Tumpat. Dato SUK memberitahu "tanah tuan/puan *akan* diwartakan sbg tanah warisan negara utk pelancongan.

Namun dlm surat yg penduduk kg.laut terima, dgn *JELAS* & *TERANG* menyebut tanah telah di wartakan pada *28 April 2016*, 1 bulan sebelum Dato SUK dtg, *ini satu pembohongan*. Ini juga menunjukkan tanah ini di warta kan tanpa melalui apa² perbincangan dgn rakyat terlebih dahulu

*14 Julai 2016*
Muncul pelbagai persepsi, namun demi utk tidak menambahkan perkara yg negatif, maka satu pertemuan di adakan di Markaz Kg. Laut (Surau Wan Adam) yg di hadiri oleh *Hj. Nordin (Ketua Caw), YB Zaki (Adun Kelaboran), Ustaz Husaimi (Pemangku KP Pas Tumpat) dan wrga kg. Laut* demi mencari jalan penyelesaian, demi menyelamatkan pemerintahan Islam kelantan, hasil nya tertubuh Jawatankuasa Bertindak yg di ketuai oleh Hj. Nordin. Dan pertemuan itu juga berstuju utk jemput MB dtg n berbincang dgn rakyat, cdgn org adlah *minta projek ini di pindahkan ke tempat lain iaitu tanah KTM, berseblahan tapak projek, atau boleh ambil tanah sawah yg lebih kuranh 2 km shaja drp tapak projek*.

*18 Julai 2016*
MB, DO Tumpat & bbrapa wakil kerajaan hadir bersama utk bertemu rakyat. Hasil pertemuan dgn MB, hasrat rakyat kg.laut berjaya disampaikan sendiri kpd Wakil Rakyat mereka yg merupakan MB, krana kalau bukan Wakil Rakyat yg mereka pilih, kpd siapa lagi mereka nk harapkan lebih² lagi seorang Ulama. Selepas selesai majlis pertemuan, penduduk menunjukkan kpd MB sdri cdgn ruang tanah yg kosong yg berukuran lbih kurg 50 hektar utk di pindahkan projek tersebut. Hal ini kerana, menurut Undang², MB berkuasa utk memindahkan tanah tersebut.

*19 Julai 2016*
Pegawai Khas MB, bersama Penggawa & Penghulu dtg ke rumah salah seorang penduduk kg laut yg terlibat dlm pengambilan tanah yg dikenali di kg sbg Che Weil(blh pergi jumpa klau xpcaya), telah mmberitahu bahawa *projek ni akan di teruskan juga & tidak ada perubahan tempat yg dilakukan sbgmna permintaan rakyat*.

Namun apabila wakil Jawatnkuasa Bertindak bertanya kpd Pegawai Khas MB yg merupakan Ustaz adkah benar berlaku pertemuan dgn pnduduk bernama Che Weil..jawapannya tidak berlaku pertemuan. Jawatnkuasa Bertindak bertanya pula kpd Penghulu juga jawapannya tidak berlaku pertemuan. Ini satu penipuan yg di lakukan oleh wakil MB(*Ini bukan fitnah, jemput kpd semua yg mmbaca dtg ke kg.laut bertanya sendiri kpd penduduk, jgn bertanya kpd Jawatankuasa Bertindak nnti dituduh nk jatuhkan MB* )


*******
Utk Pengetahuan, hampir keseluruhan tanah di kg. Laut  ini merupakan tanah lot pertanian yg harganya lebih kurang RM1.50(blh semak)

Kebanyakkan tanah ini pemiliknya sudah berada dlm kubur, yang tggal sekarang adlah anak cucu mereka, so kemana wang pampasan akan pergi kalau bukan ke Amanahraya? Adakah proses d Amanahraya itu blh selesai dlm tempoh 1 hari?

Walaupun kerajaan berjanji:

1) Bagi tanah sahaja kpd penduduk yg terlibat
2) wang pampasan dinilai dgn rumah kayu yg ad skrg yg di bina 20-30 tahun yg lalu, adkah cukup utk mmbina rumah baru dgn kos binaan skrg?
3) diberi bantuan kpd rakyat yg xckup duit nk bina rmah baru(disini pun dah keliru, knp xbg wang pampasan secukupnya terus..adakah kerajaan mmg berniat tidak mahu memberi wang pampasan secukupnya?)

Walau bagaimanapun perkara yg di janjikan diatas tidak ada hitam putih yg di beri kpd rakyat

Bukan kami menolak pembangunan, namun kalau ia projek warisan, sepatutnya kekalkan warisan yg ada di kg.laut, bukan dgn cara menghalau n merampas tanah tempat tinggal rakyat. Pada masa sama tanah kosong yg berdekatan ada sahaja, knp tanah yg menjadi tempat tinggal rakyat juga yg mahu diambil?

Doakan kami semua di kg.laut agar selamat drp kerja² pengambilan tanah ini

Wallahua'llam
Dripada: penduduk kg.laut

- ROJIE

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa