Monday, July 18, 2016

Louisiana kembali ke zaman cowboy

Tiga Polis Maut Ditembak Lelaki Bertopeng Di Baton Rouge
mStar - Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 12:08 AM
TIGA anggota polis maut selepas sekurang-kurangnya tujuh anggota ditembak oleh seorang lelaki bertopeng bersenjata di Baton Rouge.

Kejadian itu kurang dua minggu selepas pembunuhan Alton Sterling di bandar sama di Louisiana, Amerika Syarikat.

Seorang saksi memberitahu WBRZ, suspek memakai serba hitam dilihat melepaskan tembakan rambang pada waktu pagi.

Menurut sumber, polis menerima panggilan kecemasan melaporkan 'seorang individu yang mencurigakan berjalan di Lebuhraya Airline dengan melakukan serangan bersenjata.

Lelaki bersenjata itu dikatakan melepaskan tembakan sebaik polis tiba.

Sumber memberitahu CNN bahawa empat anggota polis dalam keadaan kritikal di hospital. - Mail Online

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa