21 Julai 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Tun Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto WAN ZAHARI SALLEH
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB dan menyifatkan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib.
Mahathir berkata, tribunal tersebut tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.
"Rakyat mesti menuntut pengunduran perdana menteri, menuntut siasatan segera oleh tribunal bebas bukan tribunal yang dinasihati oleh perdana menteri kerana perdana menteri orang yang perlu disiasat.
"Tribunal ini perlu ditubuh secara bebas," kata belia dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.
Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram daripada 1MDB.
DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat iaitu Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion itu adalah sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenal pasti dilarikan dari 1MDB antara 2009 hingga 2015.
Mahathir turut mendakwa 'Malaysian Official 1' yang disebut dalam laporan tersebut sangat hampir dengan batang tubuh Najib.
"Nama beliau berulang kali disebut dalam laporan.
"Kes ini perlu dibawa ke mahkamah dan mendakwa perdana menteri dan kerajaan yang mencuri duit rakyat," katanya lagi.
Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan 'A close relative of a senior 1MDB official' sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini.
Mahathir turut meminta referendum rakyat diteruskan bagi mendesak Najib berundur.
"Memandangkan perdana menteri tidak magu berundur dengan sendiri rakyat mesti meneruskan referendum yang telah kita mulakan," katanya.
# Ini pula apa yang anak keruak kata: 1MDB bahan serangan bermotif politik jatuhkan ketua kerajaan, kata Salleh

Senangnya USA dapat duit...tak payah buat spa2..tunggu pencuri Malaysia buat silap..
ReplyDeleteApa kata kita minta wikileak bocor siapa Malaysian official no 1 tu. Habis teka teki. Mcm la tak kenal sgt siapa dia
ReplyDelete