Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 18, 2016

Cubaan Coup D'état di Turki: Rupanya ramai General dan individu penting terlibat

Bekas komander tentera udara didakwa dalang rampasan
WARTAWAN SINAR HARIAN - 17 JULAI 2016
Bekas komander tentera udara didakwa dalang rampasan ku Akin (kanan) ketika dalam satu majlis rasmi. Foto AP

ISTANBUL - TURKI. Enam komander kanan tentera telah ditahan dipercayai terlibat dalam usaha rampasan kuasa di Turki malam tadi termasuk Jeneral Akin Ozturk, 64 yang berkhidmat sebagai pegawai diplomatik Turki ke Israel pada 1990-an, lapor portal berita Haaretz.

Perkara itu dimaklumkan pegawai berkuasa Turki kepada pemberita malam tadi.

Akin bertugas sebagai komander Tentera Udara Turki antara 2013 dan 2015 dan beliau meletakkan jawatan tahun lalu namun terus berkhidmat di Suruhanjaya Ketenteraan Agung Turki sejak Ogos tahun lalu.

Laporan DHA mendakwa Akin telah merancang rampasan kuasa ini sejak tahun lalu.

Lima jeneral lain termasuk Komander Tentera kedua, Jeneral Adem Huduti iaitu pegawai paling kanan setakat ini.

Menurut laporan Hurriyet, Komander Avni Angun dari kubu Malatya dan Komander Kor Ketiga, Erdal Ozturk juga ditahan berhubung kejadian tersebut.

Pihak berkuasa Turki dilaporkan berkata, usaha untuk rampasan kuasa itu telah lama dirancang malah matlamat mereka untuk menguasai kawasan utama seperti jambatan di Bosphorus dan Taksim Square di Istanbul serta institusi utama di Ankara termasuk kediaman presiden, Parlimen dan agensi risikan Turki.

“Mereka juga cuba mengambil alih infrastruktur komunikasi dan sebenarnya mereka berjaya menguasai fasiliti telekomunikasi di beberapa tempat,” kata pegawai itu.

Semalam, pihak berkuasa Turki mengeluarkan arahan untuk menahan 2,745 hakim dan pendakwa raya di mana dua ahli Mahkamah Perlembagaan dan 10 ahli Mahkamah Pentadbiran Tertinggi Turki telah ditahan.

Pihak berkuasa dilaporkan sedang memburu 140 orang ahli Mahkamah Agung.

Angka korban pertempuran dilaporkan meningkat kepada 194 orang termasuk orang awam dengan kecederaan melebihi 1,000 orang.

Salah seorang menterinya berkata keadaan sudah terkawal kini dengan penahanan 2,839 suspek daripada tentera biasa sehingga ke tentera kanan termasuk tulang belakang pemberontakan itu.

Sebelumnya, kerajaan Turki menuduh bekas sekutu presidennya, Fethullah Gulen sebagai dalang insiden itu namun Fethullah yang kini tinggal di Amerika Syarikat menafikan dakwaan itu.

# Dan inilah bayarannyaPembelot akan dihukum mati, kata Erdogan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa